26 Januari 2016 12:23 AM
Video yang dikeluarkan militan IS
menunjukkan tujuh daripada sembilan anggota kumpulan itu yang didakwa terlibat
dalam serangan di Paris
pada November lalu. Dari kiri, Abu Qital al-Faransi, Abu Mujaed Al-Baljiki, Abu
Rayyan Al-Faransi, Ukashah Al-Iraqi’, Ali Al-Iraqi, Abu Fu’ad Al-Faransi dan
gambar bawah dikenali sebagai Abul Qa’Qa’ Al-Baljiki. – Reuters
BEIRUT 25 Jan. – Kumpulan militan
Negara Islam (IS) semalam, mengeluarkan sebuah video yang menunjukkan sembilan
anggota kumpulan militan itu yang terlibat dalam serangan di Paris pada
November lalu yang mengorbankan 130 orang, di mana mereka turut mengancam
negara ‘yang menyertai pakatan’ termasuk Britain.
Video tersebut yang disiarkan di
laman web dan diberi tajuk ‘Bunuh siapa sahaja yang kamu temui’ itu menunjukkan
empat rakyat Belgium , tiga
rakyat Perancis dan dua warga Iraq
dikatakan bertanggungjawab melakukan serangan tersebut.
Dalam video tersebut, kumpulan
militan IS yang bertutur dalam bahasa Perancis dan Arab memberitahu bahawa
‘pesanan itu dikeluarkan kepada semua negara yang menyertai pakatan yang
diketuai Amerika Syarikat (AS)’ dalam pertempuran di Syria dan Iraq sejak
September 2014.
Video itu juga menunjukkan gambar
Perdana Menteri Britain, David Cameron bersama slogan dalam bahasa Inggeris
‘sesiapa yang berdiri dalam keadaan kufur akan menjadi sasaran kami’.
Video yang dihasilkan oleh Pusat
Media Al-Hayat IS itu menyifatkan sembilan anggota itu sebagai ‘singa’ yang
membawa Perancis kepada kekalahan.
Rakaman itu juga menunjukkan
beberapa gambar serangan di Paris
serta operasi keselamatan oleh pasukan khas Perancis semasa serangan.
Malah turut disiarkan sembilan
anggota militan IS yang melakukan kekejaman termasuk memenggal kepala tahanan
dan menembak tebusan. – AFP
No comments:
Post a Comment