Islam apabila menjelaskan sesuatu
adalah tepat, tegas dan benar. Mereka yang melakukannya pula adalah golongan
yang bersungguh-sungguh menikmati rahmatnya. Ia dilakukan dengan keupayaan
tenaga dan sumber-sumber yang dimiliki.
Matlamat tersebut mestilah bersumberkan daripada falsafah Islam itu sendiri. Ambilannya daripada Al-Quran dan As-Sunnah.
Al-Quran dibacakan kepada Nabi s.a.w. dan disampaikan terus kepada para sahabat. Kesinambungannya berlanjutan sehingga hari ini.
Manakala As-sunnah pula adalah suatu pembelajaraan yang dizahirkan secara praktikal oleh Junjungan Besar Rasulullah s.a.w. yang tampak dengan tepat oleh para sahabat sebagi suatu ikutan yang nyata. Tiada kesangsian keraguan padanya. Gambaran-gambaran tersebut meresap dalam akal, sanubari dan tindakan-tindakan generasi sahabat dan tabien sehinggalah akhir zaman.

Allah s.w.t. mengingatkan melalui
surah Ali Imran ayat 104:
"Dan hendaklah ada di antara kamu
satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan
menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang
salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang
yang berjaya."
Sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa dari antara kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia
mengubahnya dengan tangannya. Kalau tidak kuasa (ubahlah) dengan lidahnya,
kalau tidak kuasa (ubahlah) dengan hatinya. Ini adalah iman paling lemah. Dan
dalam riwayat lain. Di balik itu tidak ada sebesar baji sawi pun daripadanya
iman.” ( Hadith riwayat oleh Imam
Muslim )
Orang-orang yang diam terhadap
kejahatan adalah syaitan bisu.
Orang muslim adalah saudara mukmin
yang tidak boleh gembirakan nasihatnya walaupun bagaimana keadaannya.
Antara beberapa kata-kata sahabat:
Hak orang mukmin yang ditanggung
oleh saudaranya, ialah:
1. Hendaklah
dia menerangkan kebenaran kepada saudaranya bila diperlukan.
2. Dia
menyokong cita-citanya bila sudah betul.
3. Dia
berterima kasih kepadanya bila yang satu telah berbuat baik kepadanya.
4. Dia
mengingatkannya bila yang satu telah lupa.
5. Dia
membimbingnya bila yang satu telah menyimpang.
6. Dia
membetulkannya bila yang satu telah silap.
7. Dia
berseloroh (bermujamalah) dalam perkara-perkara yang benar.
8. Jangan
dia terikut sama dalam perkara kebatilan.
9. Orang
mukmin adalah:
a. Sebagai
penunjuk
b. Sebagai
pedoman
c. Sebagai
pembantu
d. Sebagai
penyimpan kepercayaan
e. Sebagai
pelindungnya.
Sesuatu yang mudah diterima dan
tidak perlu memikir panjang adalah bahawa manusia tidak sama:
1. Tahap pemikirannya
2. Daya
memikirannya
3. Ketajaman
akalnya
4. Kuasa
tenaganya
5. Keupayaan
bertindak
6. Kemampuan
memimpin
7. Menyelesaikan
masalah
8. Menangani
mencegah kedajalan
9. Menetapkan
gerak-kerja
10. Membaca
gelagat musuh
Pernilaian yang objektif mestilah
berdasarkan dalam ruang lingkup yang diketahui, bukan sahaja sebelum kejadian
tetapi apabila kejadian itu berlaku dan kesudahan kepada kejadian-kejadianya:
1. Faham
permulaannya
2. Faham
perkembangannya
3. Faham
akhirannya
4. Faham
rumusan ceritanya
Perbezaan tersebut menjelaskan
tentang keupayaan manusia dalam masyarakatnya. Beruntunglah mereka yang dianugerahkan kelebihan-kelebihan keilmuan
tersebut yang penting jangan berkomplot mendajal.
No comments:
Post a Comment