19 Ogos 2015 7:08 PM
Ketua Penyelidikan dan Inovasi Pesawat Universiti Kuala Lumpur, Prof.
Dr. Mohd. Harridon Mohamed Suffian menjelaskan tentang mengapa lebih banyak
serpihan dicari selepas flaperon yang dijumpai di Pulau Reunion milik Perancis
itu disahkan dari pesawat malang
itu.
Beliau berkata sisa-sisa marin biasanya akan terperangkap dalam bangkai
pesawat.
Serpihan bangkai yang terdampar di pulau tersebut akan membawa
sisa-sisa dan ini boleh dianalisis, kata beliau kepada Bernama.
"Hasil Analisis Ekosistem Marin, dengan membandingkan sampel dan
data marin yang direkodkan, para saintis dapat mengenal pasti dari mana sisa
itu berasal," kata Mohd. Harridon. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment