Dunia ini amat indah seindah kehidupan keduniaan.
Keindahannya itu
kerana Allah Taala sebagai Tuhan
Pencipta yang tiada berjisim, tiada beranak dan tidak diperanakkan.
Ia Esa,
berdiri dengan sendirinya.
Jika Dia ingin mencipta sesuatu hanya dengan
ungkapan ‘kun faya kun’.
Berbeza dengan para panglipur lara, mereka mempunyai pelbagai teori
dengan mereka-reka cerita:
- Cerita benar menjadi cerita
kartun.
- Cerita kartun menjadi cerita
benar.
- Cerita benar ditokoh tambah
kebenaran ceritanya.
- Cerita kartun dilebih-lebihkan
kekartunan ceritanya.
- Cerita benar dan kartun bercampur
baur ceritanya supaya menjadi cerita benar.
- Cerita kartun dan benar bercampur
baur dengan cerita benar
dipertunjukkan penceritaannya supaya ia menjadi cerita benar.
- Cerita di atas cerita mengkartunkan
cerita-ceritanya.
Maka perkara-perkara yang benar menjadi bahan jenaka atau tidak
benar kerana bercampur baur cerita-ceriatnya sebagaimana perkara-perkara yang
halal bercampur baur dengan perkara-perkara najis.
Akhirnya semua cerita-ceritanya itu disogokkan juga sebagai suatu cerita
benar dipaksakan kepada umum dalam ilusi-ilusi kedajalan kerana Muhyiddin
Yassin dipecat daripada jawatan TPM dan lima menteri lain serta Peguam Negara
diberhentikan daripada jawatannya lebih awal dengan alasan kesihatan walaupun
Peguam Negara sendiri terpinga-pinga dan hanya mengetahui pemakluman itu secara
singkat. Puncanya kerana orang-orang yang beriman mengetahui persekongkolan
kedajalan.
Jika ada kesempatan besi-besi karat yang ditemui itu wajar dijadikan
khazanah-khazanah barangan antik dan dilelong dengan harga-harga tinggi melangit sebagaimana 1MDB
keuntungannya tingi melangit.
Besi-besi karat itu boleh dijadikan barangan perhiasan, kunci, loket
atau pelbagai reka bentuk lagi dalam ilusi-ilusi kedajalan supaya terpampang
dalam bisikan-bisikan kehidupan. Subhanallah.
Kita mohon kepada Allah Taala mengampuni dosa-dosa kita yang lalu
dan akan datang serta menjadikan kita seorang muslim yang beriman, digolongkan
di antara mereka yang mengerjakan amar makruf dan mencegah daripada perkara-perkara
yang mungkar serta beriman kepada Allah Taala.
Sesungguhnya yang benar itu benar dan yang batil itu tetap batil.
Allahu Akhbar.
No comments:
Post a Comment