Posted on Monday, August 03 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Baca dn nilai kenyataan dan pendirian Ketua Dewan Himpunan
Penyokong Pas....lebih baik dari kenyataan dn pendirian pimpinan GHB yg kecewa
akibat kalah... yg kebuloq jawatan dn fulus...
#1 Saya masih ingat ketika mula-mula bertemu Tok Guru Nik
Aziz, beliau berkata kepada saya, “Bala, kalau kamu mahu harta dan kekayaan,
pergilah kepada MIC. Tapi kalau mahu bersama kebenaran, marilah kepada kami.”
Maka saya memilih kekal bersama PAS ke hari ini kerana PAS memperjuangkan Islam
dan berada di pihak yang benar.
#2 Berada di dalam PAS, saya telah banyak belajar tentang
Islam. Saya boleh datang ke masjid. Kalau saya dalam MIC, pastinya Umno tak
akan ajak saya ke masjid dan saya tidak akan faham kebaikan Islam. Tapi apabila
saya bersama PAS, saya diajak ke masjid, saya belajar dengan para ulamak dan
saya dapak mengenali Islam dan hukum Islam dengan lebih baik.
#3 Lapan tahun lalu ketika mula menyertai PAS, ketua kami
yang banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar ialah saudara Dr Mujahid.
Apabila Pak Lah perkenalkan Islam Hadhari, Mujahid dengan tegas berkata, Islam
hanya satu sahaja tiada yang lain. Islam Hadhari bukan dari Islam. Islam adalah
Islam. Tapi malangnya hari ini saya lihat Dr Mujahid membawa Islam baru yang
diberi nama Islam Progresif.
#4 Di dalam PAS lah saya belajar mengenali hukum Hudud dan
saya dapati ia adalah hukum yang benar. Sepatutnya apabila Lim Guan Eng memfitnah
Presiden PAS dan hukum Hudud, semua pimpinan PAS hendaklah perjelaskan kepada
Cina itu hal yang sebenar dan terangkan kepada dia kebaikan hukum Hudud.
Malangnya ada yang mempertahankan Guan Eng dan menghentam Presiden PAS. Saya
memilih untuk menyokong Hudud kerana inilah ajaran yang betul sedangkan dia
(Guan Eng) tidak betul.
#5 ...Hari ini Dr Hamzah sudah jadi orang No 1 dalam Harapan
Baru. Bahkan dia menelefon saya untuk mengajak saya keluar dari PAS dan
menyertai Harapan Baru. Saya jawab, doktor yang perkenalkan PAS kepada saya
hingga akhirnya saya temui kebenaran. Bila saya sudah berada di jalan yang
benar ini, tiba-tiba doktor mahu ajak saya ke jalan yang sesat?
Saya tiada sebarang kepentinganpun dalam PAS. Doktor sudah 3
kali diberi penghormatan oleh PAS untuk bertanding dalam pilihanraya. Saya
tidak pernahpun bertanding. Dan saya tidak pernahpun minta dengan PAS untuk
bertanding. Bahkan saya tidak ada masalahpun jika tidak dipilih menjadi calun.
Cukuplah bagi saya berada di atas jalan yang benar bersama dengan para ulamak.
Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS
#PIHAK 3.0
#01 OGOS 2015
#PAHANG
No comments:
Post a Comment