NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Saturday, 15 August 2015

JAMES HARDY - PANGLIPUR LARA MH370



James Hardy yang dicatatkan di halaman ini adalah antara nama-nama panglipur lara  yang menceritakan scenario MH370 terperosok yang membentangkan keilmuannya menurut perspektif yang difahami olehnya tetapi tidak diketahui oleh insan mulia. Moga-moga pandangan James Hardy itu bukan ilusi-ilusi kehidupan bersama pahatan MH370 yang terperosok dalam akal geliga menjadi dungu.

-------------------------------


Serpihan MH370 
di Maldives?
11 Ogos 2015 1:27 AM


MALE 10 Ogos - Serpihan berkemungkinan milik pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 ditemukan di lokasi terbaharu iaitu Maldives yang terletak kira-kira 3,218 kilometer dari Pulau Reunion, lokasi penemuan flaperon atau bahagian sayap jet Boeing 777 yang hilang secara misteri pada Mac tahun lalu.

Portal Mirror.co.uk melaporkan, penduduk Maldives menemukan serpihan-serpihan aneh termasuk objek yang mempunyai kesan terbakar menyerupai serpihan pesawat itu terdampar di empat buah kepulauan Maldives sejak dua bulan lalu.

Semua serpihan yang ditemukan itu kini dikaitkan dengan penerbangan MH370 selepas penyiasat mengesahkan bahagian sayap jet yang ditemukan di Pulau Reunion, baru-baru ini adalah dari kapal terbang tersebut.

Seorang penduduk Maldives, Mohamed Wafir, memuatnaik gambar asal objek yang mempunyai kesan terbakar ke akaun Facebook miliknya sambil mendakwa serpihan berkenaan ditemukan pada 31 Mei lalu.

Menurut portal berita tempatan Haveeru, objek pertama ditemukan bulan lalu di pusat peranginan Banyan Tree di Pulau Vabbinfaru apabila pekerja resort mendakwa serpihan menyerupai jet ditemukan di pantai North Male Atoll.

Tidak lama selepas itu, dua buah pulau lagi di Baa Atoll dan di Noonu Atoll membuat dakwaan serupa yang kini masih disiasat.

Gambar serpihan logam yang ditemukan di Banyan Tree di Pulau Vabbinfaru itu dikaitkan dengan bahagian sayap jet Boeing 777 yang ditemukan terdampar di Pulau Reunion bulan lalu kira-kira 3,218 kilometer dari kawasan berkenaan.

Seorang pekerja syarikat penerbangan, James Hardy berkata, penemuan objek yang berpotensi daripada penerbangan MH370 mengubah segala-galanya tentang siasatan pesawat berkenaan.

“Saya dan rakan-rakan saya yang bekerja dalam bidang penerbangan, apabila melihat gambar-gambar itu, saya percaya semua objek berkenaan adalah daripada serpihan pesawat kerana struktur menyerupai sarang lebah pada objek tersebut.

“Jika jet itu terbang rendah dan perlahan, pesawat itu mempunyai cukup minyak untuk sampai ke Maldives,” kata Hardy.

Sementara itu, antara serpihan yang dibawa kepada pihak berkuasa berwarna merah dan mempunyai huruf IC namun bahagian selebihnya huruf atau nombor itu telah hilang.

Polis Maldives dilapor telah memindahkan objek itu untuk siasatan lanjut.











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”