Caunter Bahagian Keganasan Bukit
Aman telah melumpuhkan IS-IS yang cuba berkembang seperti kem tentera
5 minit dirompak selori senjata canggih dilarikan, atau/dan mendajal lagi
dengan Pengganasan Lahad Datu. IS-IS itu pula beria-ia hendak mengebom Kuala Lumpur dan Putarajaya di mana ibu pejabat 1MDB dan pejabat kerajaan
beroparasi di situ. Barangkali golongan dajal melihat modus operandinya
wajar ditonjolkan perkataan ‘Kuala Lumpur dan Putrajaya’ supaya golongan
dungu-dungu melihat kedajalan itu suatu yang akan menghukum diri mereka kerana
Allah s.w.t. memperkenankan kedajalan itu sehingga melekat pada tubuh-tubuh
kedajalan mereka seperti berpenyakit barah yang sukar dipulihkan kecuali
melalui pembedahan atau menunggu masa untuk mati.
Jika dipanjangkan umur oleh Allah s.w.t., mereka pula sempat bertaubat maka palitan kedajalan di dahi itu dipadamkan dengan digantikan dengan taubat nasuha. Tolong hentikan belajar kedajalan daripada Amerika Syarikat.
Jika dipanjangkan umur oleh Allah s.w.t., mereka pula sempat bertaubat maka palitan kedajalan di dahi itu dipadamkan dengan digantikan dengan taubat nasuha. Tolong hentikan belajar kedajalan daripada Amerika Syarikat.
Kesan dari kedajalan itu, beberapa
perniaga di negara jiran tidak berminat memegang duit ringgit berbanding dengan
tahun lalu ringgit diminati oleh mereka tetapi kini pemegang duit ringgit diarah
melakukan penukaran daripada ringgit kepada duit negara tersebut dipremis-premis
pertukarang wang. Kadang-kadang terfikir, barangkali perkara-perkara itu ada kaitan
dengan IS-IS yang mendajal dalam ilusi-ilusi kehidupan mereka. Tolong jangan
mendajal dan menyalahkan IS-IS belasan tahun ya. Kesian mereka, sedang
berjoging dicekup kerana merancang membuat bom belajar dari internet. Kesian
kedajalan meresap dalam kehidupan yang Allah s.w.t. anugerahkan dengan
kebenaran didajalkan. Menjadilah manusia, tolonglah jangan mendajal.
Apabila IS-IS merentas sempadan,
mereka terpaksa berbelanja beribu-ribu seperti para suaka politik Rohingya yang
miskin dikhabarkan membuat bayaran untuk sampai di Wang Kelian dengan jumlah
ribuan dan mayat-mayat yang tidak sempat menghidu bumi bertuah itu, hanya
sempat dipinggirannya sahaja, dihidu pula
mayat-mayat mereka oleh ‘pengali-pengali kubur’ tanpa menutup hidung-hidung
mereka kerana semerbaknya wangian yang tersembur dari kuburan-kuburan yang
diberkati itu.
Maka berkatlah orang yang hidup:
“Ya, Allah, ampunilah dia dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia. Dan muliakanlah
kedatangannya dan luaskan tempat masuknya (kuburnya) dan bersihkanlah dia dari
segala dosa dan sebagaimana kain putih yang bersih dari segala kotoran dan
gantikanlah baginya rumah yang lebih baik dari rumahnya dan gantikanlah isteri
yang lebih baik dari isterinya dan gantikanlah keluarga yang lebih dari
keluarganya dan peliharalah (hindarkanlah) dia dari seksa kubur dan seksa
neraka.”
Ditambah lagi kata-kata itu dengan:
“Ya Allah, janganlah kiranya pahala tidak sampai kepada kami dan
janganlah Engkau memberi pada kami fitnah sepeninggalnya dan ampunilah kami dan
dia dan bagi saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dengan imam dan
janganlah menjadikan gelisah (dengki) dalam hati kami kepada orang yang beriman.
Ya Allah, Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.
Semoga kesejahteraan, rahmat
Allah, dan berkah-Nya tetap tercurahkan kepada Anda semua"
Sebelum meninggalkan majlis, berkata
lagi lelaki itu:
"Wahai Allah! Ampunilah kami, baik yang masih hidup mahupun yang
sudah mati, baik yang hadir mahupun yang tidak hadir, baik yang kecil mahupun
yang besar, baik yang lelaki mahupun yang perempuan. Wahai Allah! Siapa pun yang
telah Engkau hidupkan di antara kami hidupkanlah dia dengan tetap beragama
Islam, dan siapapun yang telah Engkau wafatkan di antara kami, wafatkanlah dia
dalam keadaan beriman.
Wahai Allah! Sesungguhnya ini adalah hamba Engkau, anak kedua hamba
Engkau, ia telah keluar dari kesenangan dunia, keluasannya, kekasih dan orang-orang
yang dicintainya di dunia menuju gelapnya kubur dan sesuatu yang akan dia temui
di dalamnya. Dia telah menyaksikan bahwa tiada Tuhan selain Engkau sendiri, tak
ada sekutu bagi Engkau, dan bahwa Nabi Muhammad adalah hamba dan utusan Engkau,
dan Engkau lebih mengetahui hal itu daripada kami.
Wahai Allah! Sesungguhnya mayit ini datang kepada Engkau, sedangkan Engkau
adalah sebaik-baik yang didatangi memerlukan akan rahmat Engkau, sedangkan
Engkau tidak memerlukan terhadap siksanya. Kami benar-benar datang kepada
Engkau, memohon kepada Engkau, sebagdi perantara baginya.
Wahai Allah! Jika mayit ini termasuk orang yang baik, maka tambahkanlah
kebaikannya; Jika mayit ini termasuk orang yang jahat (jelek), maka bebaskan dia
dengan sebab rahmat Engkau akan keridha'an Engkau, dan jauhkanlah dia dari fitnah
kubur dan siksanya.
Dan luaskanlah kuburnya, renggangkanlah bumi dan kedua lambungnya, dan
pertemukanlah dia dengan sebab rahmat Engkau akan keselamatan dari siksa
Engkau, sehingga Engkau bangunkan dia dalam keadaan aman sampai ke surga Engkau
berkat rahmat Engkau, wahai Zat Yang paling Pengasih di antara para
pengasih."
Beberapa minit atau jam pula seorang
lelaki yang yakin kepada Allah s.w.t. dengan nada tegas berkata kepada
tetamu-tetamunya di taman yang indah itu:
“Bismillahhir rahan nirrahim.
Maha suci Allah yang maha kuasa lagi kekal tanpa kesudahan. Maha suci
Allah yang telah mengatur manusia seluruhnya terpaksa menempuh kematian supaya
dapat dicuba dan diuji-Nya siapakh di antara manusia yang telah mengerjakan
amal saleh dan membuat kebajikan, maka segala derma bakti dan hasil dari amalan
mereka itu semuanya akan dapat dilihat satu persatu pada hari yang ditetapkan
tuhan. Setiap yang bernyawa pasti akan
merasai mati. Segala sesuatu yang lain daripada Allah Taala tetap akan rosak
dan binasa. Kerana Allah yang mengatur segala-galanya dan kepada Allahlah akan
kembali sekalian kita, maka berbahagialah
sesiapa juga terselamat dan terlepas daripada azab api neraka dan
seterusnya mendapat anugerah-Nya nikmat yang berkekalan di dalam syurga. Segala
nikmat dan kesedapan yang bercorak keduniaan semuanya hanya untuk sementara
waktu jua.
Wahai ABDULLAH bin HAWA, wahai ABDULLAH bin HAWA, wahai ABDULLAH bin
HAWA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa
bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri
Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan
sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh
Allah.
Ingatlah wahai ABDULLAH bin HAWA, apabila datang kepada kamu dua orang
malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa
gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu
susah hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai ABDULLAH bin HAWA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu
hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka
menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat
dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah
cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad s.a.w. nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku,
Malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat
dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap:
“La ila ha illallah Muhammaddur Rasulullah”.
Wahai ABDULLAH bin HAWA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan
yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam
Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk
berkumpul di Padang
Mahsyar.
Insaflah wahai ABDULLAH bin HAWA,
Bahawasanya mati ini adalah benar,
Soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,
Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,
Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar,
Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar,
Minum di kolam air nabi adalah benar,
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya,
Begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula
orang-orang yang di dalam kubur.
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu
disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang
menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala
menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu
yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan
memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal
kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan,
Kami merayu dan bermohon kepada-Mu supaya tidak disiksa mayat ini
dengan kemegahan penghulu kami Muhammad s.a.w.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalin walhamdulillahi
rabbil alamin.”
Maka IS-IS Malaysia
berkubur mengiringi kedajalan yang telah mati dibunuh.
No comments:
Post a Comment