Golongan tua yang masih aktif
dalam dunia perkhidmatan awam sedarlah, jika masih menyedut duit-duit amanah
bangsa. Amanahlah kerana ia tonggak kecemerlangan. Umur telah lanjut, kubur
kata mari, rambut telah beruban, selera makan telah menurun, kekuatan seks
telah mula menyusut, keupayaan bertindak mula merudum, nafsu serakah semakin
berkobar-kobar sama ada nafsu hubbud dunia atau nafsu hubbud syahwat.. Menjadilah
manusia yang dibarakati pada akhir
kehidupan dan tidak menjadi ungkitan kedajalan sepanjang hayat dikandung badan.
Pada akhir kehidupan, acapkalilah
menguatkan tubuh badan dengan amalan-amalan kerohanian; melakukan kebajikan,
mengeratkan silaturrahim dengan keluarga, kejiranan dan rakan taulan,. Mengulang-ulangi
ikrar menjunjung agama Islam dan berusaha melaksanakan dengan keupayaan sebagai
seorang tua, menginsafi dosa-dosa yang lalu, mengingati keperitan orang lain
hasil dari kerja-kerja jahat tangan lembut dahulu, akal-akal yang mendajal dan
tindakan-tindakan kesesatan, insafilah.
Binalah hidup baru seperti
seorang bayi yang suci baru dilahirkan oleh ibu-ibu yang berkorban untuk
bayi-bayinya. Ingati dosa-dosa, ambil tindakan bertaubat, taubat nasuha, taubat
dengan sebenar-benarnya. Jangan ulangi kedajalan-kedajalan yang lalu. Marilah
kita sama-sama memhon kepada Allah Tuhan Semesta Alam, semoga permohonan kita
itu diperkenankan oleh-Nya
Hidupkan diri dengan agama dan lipat gandakan amal ibadat
sebagai teman hidup sebelum sampai masa nyanyuk, nyawa dihujung halkum dan
taubat telah tertutup. Mohonlah kepada Allah Taala supaya kita memperolehi husnul-khatimah.
Dalam psikologi, tentang perkembangan manusia, umur manusia
dikategorikan kepada beberapa selang waktu. Waktu-waktu itu pula adalah hasil
daripada pemberitahuan oleh Islam dan pemerhatian tentang
perkembangan-perkembangan manusian itu sendiri, antaranya;
Waktu pranatal:
Semasa bayi di dalam kandungan.
Peringkat bayi awal: Semasa lahir hingga 2 bulan
Peringkat bayi akhir:
2 bulan-2 tahun
Peringkat kanak-kanak
awal: 2 tahun – 6 tahun
Perinkat kanak-kanak
akhir: 6 tahun – 12 tahun
Peringkat sebelum
remaja: 12 tahun -14tahun
Peringkat awal
remaja: 14 tahun – 17 tahun
Peringkat akhir
remaja: 17 tahun – 20 tahun
Peringkat awal
dewasa: 20 tahun- 40 tahun
Peringkat pertengahan
umur: 40 tahun – 60 tahun
Peringkat umur tua
atau lanjut usia: 60 tahun ke atas.
Peringkat nyanyuk:
dalam lingkungan selepas umur tua
Peringkat mati:
diselenggarakan ditanam dalam bumi
Ingatlah firman Allah taala dalam Al-Quran surah Ar-Rum ayat
54:
“Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah,
selepas berkeadaan lemah itu Ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Ia menjadikan
kamu lemah pula serta tua beruban. Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya, dan
Dia lah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.”
Ingat pesanan Nabi Besar Muhammad Rasulullah s.a.w.:
خَيرُكم مَن طالَ عُمْرُهُ وَحَسُنَ
عَمَلُهُ
"Sebaik-baik kamu ialah orang yang panjang umurnya dan
baik amalnya kepada Allah".
No comments:
Post a Comment