Jin tidak pernah berfikir tentang
keduniaan terutamanya yang berkaitan kehidupan. Apatah lagi mendajal
melepaskan duit-duitan melayang-layang entah terbang ke pelbagai arah. Jauh sekali
menyedut duit-duit awam yang tiada faedah baginya. Jin-jin itu juga tidak akan bersekongkol untuk
menyedut-nyedut duit walaupun ia mudah dipaling-palingkan daripada pandangan kerana
tangan-tangan ghaib licik bermain catur. Ia kilas seperti gerakan catur-catur
sehingga ternganga golongan dajal hampir-hampir mengalir air liur tercenggang
melihat pemain-pemain itu.
Barangkali kerana para pemain mahir
mendajal bermain silap mata dan memalingkan perhatian awam daripada menumpukan
gerak-geri tangan-tangan mereka yang lembut dan bibir-bibir yang berbisikan dengan penuh
kerisauan.
Sesungguhnya pejuang-pejuang
Daulah Islamiyah masih ‘memanaskan badan’ dan apabila tiba saat yang
ditunggu-tunggu mereka akan membadai laluan-laluan yang dirempuhnya itu untuk menegakkan
kebenaran supaya golongan kedajalan memahami bahawa kehidupan itu senentiasa
berubah-ubah dari saat ke saat sebagaimana detik-detik kehidupan senentiasa
menyusut dari sehari ke sehari.
Dalam teori tentang masa bahawa setiap detik
itu adalah berharga. Ia tidak boleh dikembalikan lagi jika ia telah berlalu
walaupun sedetik, seminit, apatah lagi sehari, seminggu, atau berbulan dan tahun. Ia terasa seperti biasa sahaja dan
masih sama tetapi sebenarnya suasananya telah berubah, kejadiannya telah
bertukar, pertumbuhannya menurut kitaran dan suasananya berbeza-beza. Perasaan dan
akalpun turut sama merasa.
Beruntunglah mereka yang
menjadikan Islam sebagai kehidupan kerana dapat melihatnya daripada sumber
kebenaran.
Umat Islam yang dilahirkan dengan
kebenaran tidak akan berbohong, menipu masyarakat, menyorok MH370 dan
memaling-malingkan cerita sebenar untuk pengetahuan dan perkongsian bersama.
Kehidupan perlu kepada ketelusan
supaya duit-duit tidak hilang melayang-layang.
No comments:
Post a Comment