Golongan kekufuran apabila disentap
sahaja akan mengelupur kerana kekejangan akibat kesyirikan mendarah daging di
dalam dirinya. Namun mereka wajar diperingatkan selalu dan dibantu supaya sifat-sifat kekufuran yang
melekat dalam diri itu berubah kepada sifat ketakwaan. Akhirnya
individu-individu yang dipenuhi dengan kesyirikan sebelum itu akan mengubah lanskap
dunia menjadi keharmonian. Ia juga sebagai ingatan bahawa duit-duit yang ringan mudah melayang-layang disebabkan oleh spekulasi para korperator mencaturkan percambahan minda memalingkan pandangan sehingga pesawat canggih hilang daripada pengawasan pada 8 Mac 2014.
Pesawat apakah itu?
Pesawat apakah itu?
Jika pada zaman kegemilangan
tamadun Islam manusia-manusia yang hidup pada zaman tersebut boleh mengubah
persepsi masyarakat daripada kekufuran
kepada kegemilangan tamadun sehingga membawa sepertiga alam di sinari
dengan kalimah ‘Laa Ilaha Illallah
Muhammadur Rasulullah’, oleh itu tidak sukar bagi insan-insan yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang tawakalnya kepada Allah s.w.t. seratus peratus untuk menyambung melebarkannya pula.
Maka sayugia juga individu yang
ditiupkan roh-roh ketauhidan kepada diri mereka dengan niat kesucian itu bangkit sebagai pembela
kepada kebenaran.
Individu yang dilahirkan oleh ibu-ibu
yang telus ikhlas tidak disaluti oleh kecacatan yang boleh mencederakan akalnya
secara kekal. Jika terluka juga, ia bersifat sementara sahaja dan akan sembuh
selepas beberapa tempoh. Jika masih bersifat nakal, ia hanya bersifat sekilas pandang sahaja
dan akan kekal sifat ikhlasnya kepada Allah Taala apabila saat-saat kemerdekaan
telah mendekati masa yang ditunggu-tunggu.
Allah s.w.t. sayang kepada
mereka,
Malaikat a.s. mengiringi doa-doa
mereka,
Makhluk-makhluk di langit dan
bumi mengaminkan tindakan-tindakan mereka,
Mereka senentiasa dirahmati
melalui niat-niat ikhlas ibu-ibu itu,
Maka tepat benarlah amalan mereka,
Maka tepat benarlah amalan mereka,
Amin Ya Rabbal Alamin.
No comments:
Post a Comment