NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Friday, 13 November 2015

MH370 AJAIB, BERBUATLAH BAIK JANGAN MENDAJAL



Dunia yang pelik-pelik diwujudkan oleh manusia-manusia yang bersifat pelik. Kepelikan itu kerana ia bertaraf dunia. seperti yang kerap diucapkan kepelikan bertaraf dunia itu. Diangkat agenda kepelikan itu supaya golongan dungu-dungu tersentak akalnya mengelupur  memikirkan tentang strategik memerangkap kehidupan, hilang bersama ilusi-ilusinya yang kabur di hadapan seperti musim jerebu yang melanda sesuatu kawasan. Itupun jika difahami maksud kekaburan tersebut.

Tahun 2015, telah dibuat suatu pernilaian tentang benda-benda ajaib di dunia dan dideklarasikan sebagai keajaiban dunia di antara yang ditonjolkan adalah tujuh tempat di negara-negara seperti berikut;

Brazil, Rio de Janeiro, dikenali sebagai Christ Redeemer, di China, dikenali sebagai Great Wall of China, di India, Agra, dikenali sebagai Taj Mahal, di Italy,  Rome, dikenali sebagai Roman Colosseum, di Peru, dikenali sebagai Machu Picchu, di Jordan, dikenali sebagai Petra, dan di Mexico, Yucatan Peninsula, dikenali sebagai Pyramid at Chichén Itzá.

Walau bagaimanapun, perkara-perkara keajaiban itu kadang-kadang sukar dikategorikan sebagai ajaib dunia kecuali setelah dibuktikan melalui peredaran masa, di antaranya:


  1. Pesawat 7K9628 ditembak diruang udara Mesir dan hasil daripada penyiasatan  didapati bahawa pesawat telah diletupkan dan tidak pula dihebahkan siapa yang melakukannya, kenapa mereka berbuat sedemikian dan apa kaitanya dengan keganasan. Pejuang-pejuang Daulah Islamiyah mengesahkan mereka menembaknya tetapi dinafikan oleh pihak lain.

  1. Pesawat MH17 ditembak diruang udara Ukraine sehingga hari ini tidak dapat dikenalpasti individu yang menembaknya, motif penembakan, dan keyakinan masyarakat tentang peranan PBB dalam merungkai masalah yang berbangkit. Penyiasat Belanda sukar menyelesaikan masalah tersebut kerana melibatkan kuasa Amerika dan Rusia.

  1. Pesawat MH370 terbang pada tengah malam  ketika suasana di muka bumi aman damai, tenang dengan udara segar dipenuhi oksigen tetapi suasana di Ukraine, Syria dan Iraq bergolak. Persoalan yang masih dalam keajaiban dunia kerana ceritanya sukar dimuktamadkan. Jika ada penemuan ada sahaja bukti-bukti terbaharu dikemukakan dengan alasa-alasan menafikannya, seperti:

    1. Ditemui di kepulauan La Reunion, milik Perancis dengan berselerakan di sana sini tetapi bila diteliti rupa-rupanya ia adalah bangkai pesawat  yang telah dilupuskan.

    1. Ditemui di Pulau Sagbay, Tawi-Tawi, walaupun pelapurnya tidak dikenalpasti tetapi yang jelas tragedinya di laut dalam di selatan Lautan Hindi  seperti yang dimaklumkan sebelum ini oleh PM, takkanlah beliau berbohong.

    1. Hebat MH370 kerana ia licik berpindah randah ceritanya sebagaimana kaum nomad pada zaman silam melakukan revolusi untuk mencari penempatan dan kawasan mencari makan.
  
Benda-benda ajaib dunia menjadi pelik kepada individu-individu yang terasa peliknya tetapi ia tidak pelik kerana umat manusia diajar oleh Islam supaya menjadi manusia yang baik.

  
A002


“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar agama Allah, dan mengenai bulan-bulan yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Makkah untuk korban), dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu, dan mengenai orang-orang yang menuju ke Baitullah Al-Haraam, yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya (dengan mengerjakan ibadat Haji di Tanah Suci); dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu. Dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari masjid Al-Haraam itu - mendorong kamu menceroboh. Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).” (Al-Quran, surah Al-Maidah ayat 2)









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”