Oleh Siti Hawa Othman
Beliau berkata perkara itu dinyatakan oleh Presiden Turki
Recep Tayyip Erdogan dalam pertemuan dua hala mereka di sini pada Sabtu.
Najib, selaku pengerusi ASEAN, melakukan kunjungan hormat ke
atas Erdogan, yang akan mempengerusikan Sidang Kemuncak G20 Ke-10 di Antalya
dari 15 hingga 16 Nov.
Erdogan menyatakan perbincangan itu akan berkisar kepada
soal keganasan dan bagaimana dunia boleh meningkatkan lagi kerjasama untuk
menangani isu yang amat serius itu, katanya pada sidang berita di Pusat Media
Antarabangsa (IMC) di Hotel Kaya Palazzo di sini, Jumaat.
Susulan kejadian keganasan di Paris yang mengakibatkan lebih
100 orang terbunuh, Najib berkata beliau menyatakan pendirian Malaysia untuk
terus bekerjasama dengan Perancis dan negara-negara lain bagi menghadapi
ancaman serius itu.
"Pendirian Malaysia adalah jelas, untuk
mengutuk sebarang bentuk keganasan lebih-lebih lagi terhadap orang awam yang
tidak berdosa dan tidak bersalah," kata beliau.
Perdana Menteri berkata Malaysia dan negara-negara lain
bukan sahaja mengutuk perbuatan itu malah, mengambil tindakan berpatutan untuk
membanteras, mencegah dan mengelak kejadian seperti itu daripada berterusan.
"Saya menghantar surat
takziah kepada Presiden Francois Hollande atas kejadian menyayat hati itu dan
menyatakan pendirian Malaysia
untuk terus bekerjasama dengan Perancis dan negara lain bagi menghadapi ancaman
yang begitu serius," katanya.
Najib berkata Turki juga menghadapi ancaman keganasan
seperti kejadian bom di Ankara
yang mengorbankan lebih 100 orang baru-baru ini selain masalah di bahagian
barat daya negara itu.
Turki turut menghadapi masalah pelarian kerana terpaksa
menampung penghijrahan 2.5 juta orang pelarian dari Syria
dan Iraq ,
katanya.
"Mereka (Turki) belanja agak besar tetapi mereka hanya
terima US$400 juta dari negara-negara lain.
"Dengan perbelanjaan mereka yang melebihi RM8 bilion
ini, mereka merayu kepada masyarakat antarabangsa untuk membantu keperluan
menyara kos menempatkan pelarian dari kedua-dua negara itu di Turki," kata
Najib.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment