NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Monday, 16 November 2015

JANGAN KAITKAN ISLAM DENGAN KEGANASAN


Jangan kaitkan Islam dengan keganasan

SOFIAN BAHAROM  |  16 November 2015 1:05 AM
KUALA LUMPUR 15 Nov. - Semua pihak diingatkan tidak mengaitkan Islam dengan keganasan memandangkan agama itu tidak pernah mengajar umatnya untuk melakukan perbuatan tersebut.


Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), Nasharudin Mat Isa sehubungan itu menegaskan, insiden serangan di Paris, Perancis kelmarin tidak langsung mewajarkan sebarang penyebaran Islamophobia.

“Keganasan bukan ajaran Islam dan tidak boleh dikaitkan langsung dengan agama ini. Isu keganasan adalah merentas batasan agama dan kaum, terdapat penganut agama lain juga melakukan keganasan.

“Yang penting bagi umat Islam, mereka harus mempamerkan amalan Islam sebenar di mata dunia. Jangan terjebak dengan permainan pihak sebegini yang memberi gambaran salah terhadap Islam,” katanya yang dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Siri serangan keganasan meng­gemparkan enam lokasi di Paris kelmarin, membunuh 153 orang dalam kejadian terburuk sejak tragedi 11 September 2001.

Dalam pada itu, Nasharudin berkata, GMM menyokong apa juga pendekatan proaktif kerajaan dalam membendung gejala keganasan dalam negara kerana isu keselamatan tidak boleh dikompromi.

“GMM sebagai sebuah wadah ke­sederhanaan dalam masa sama akan te­rus memperkasakan salah satu agendanya iaitu untuk menangani Islamophobia.

“Selain itu, kita akan terus mempromosikan Malaysia sebagai sebuah model negara berjaya dalam soal keharmonian hubungan agama serta kaum,” katanya.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”