NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Monday, 16 November 2015

CEGAH KEGANASAN – PM



Cegah keganasan – PM

SHARIL SHARIFF
15 November 2015 1:27 AM


ANTALYA, Turki 14 Nov. - Malaysia yang mengutuk serangan berdarah mengorbankan 153 orang serta mencederakan lebih 200 yang lain di Paris malam tadi, mahu dunia mengambil tindakan berpatutan untuk mencegah insiden keganasan itu dari berulang.

Bercakap kepada wartawan Malaysia selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Turki, Reccep Tayyip Erdogan di sini pagi ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya sebarang bentuk keganasan yang begitu zalim di Paris terutama terhadap orang awam yang tidak berdosa.

“Saya juga akan menghantar surat takziah kepada Presiden Perancis, Francois Hollande atas kejadian menyayat hati  tersebut dan menyatakan pendirian Malaysia untuk bekerjasama dengan Perancis dan negara-negara lain bagi menghadapi ancaman yang serius ini.

“Erdogan juga (dalam pertemuan pagi ini) beritahu saya (bahawa) salah satu fokus utama Sidang Kumuncak G20 ini juga mengenai soal keganasan, lebih-lebih lagi  dengan insiden (yang terjadi) di Paris.

“Banyak topik (G20) akan berkisar tentang keganasan dan dunia perlu tingkatkan usaha untuk menangani isu ini secara serius. Di Turki sendiri, memang ada ancaman ini dalam bentuk kejadian letupan di stesen kereta api bulan lalu (di Ankara) yang mengorbankan 102 orang,” kata beliau.

Perdana Menteri yang tiba di sini malam tadi dalam lawatan kerja tiga hari sempena Sidang Kemuncak Pemimpin G20 atas kapasiti Pengerusi ASEAN 2015, turut mengadakan perbincangan dua hala dengan Erdogan di Pusat Konvensyen Regnum Carya di sini.

Terdahulu  dalam twitternya, Najib  mengecam serangan di Paris yang disifatkan sebagai perbuatan kejam terhadap orang awam yang tidak bersalah.

Laporan dari Paris menyatakan lebih 100 orang terbunuh dalam serangan bom dan senjata api di dewan konsert Bataclan, restoran-restoran di pusat bandar dan berhampiran Stade de France

Sebanyak lapan militan berjaya dibunuh dengan tujuh daripadanya merupakan pengebom berani mati. – MINGGUAN



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”