Sekitar pukul 5.13 pagi, bangun dan mempersiapkan diri untuk
salat subuh berjamaah di surau. Selesai salat balik rumah. Kemudian bersiap-siap
pula untuk pergi ke masjid untuk
menghadiri salat aidilfitri.
Salat aidilfitri
Sekitar Pukul 8.05 pagi, pergi ke masjid untuk bersama-sama
kaum muslimin salat aidilfitri. Bersama-sama jamaah dan tuan imam takbir aidilfitri.
Apabila jam menghampiri pukul 8.45 pagi taklimat dan salat aidilfitri bermula. Selesai salat aidilfitri imam membaca doa untuk kesejahteraan hadirin dan kaum muslimin sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
Khutbah aidilfitri
Sekitar pukul 9.02 pagi, setelah imam selesai membaca doa, khatib menaiki mimbar. Imam dan khatib adalah orang yang berbeza. Dalam khutbahnya,
khatib mengajak kaum muslimin bertakwa, bertolongan-tolongan dan bermaafan
sempena aidifitri yang mulia.
Jamuan aidilfitri
Sekitar pukul 9.37 pagi, setelah selesai khatib berkhutbah,
jamaah menjamu selera yang disediakan oleh pihak masjid: lemang berlaukkan daging
rendang dan nasi himpit berkuahkan kacang.
Bermaaf-maafan sesama
muslim
Sekitar pukul 10.20 pagi, setelah selesai menjamu juadah di
masjid, menziarahi jiran yang berhampiran rumah sebagai tanda kesyukuran sempena aidilfitri.
Salat Zuhur
sekitar pukul 1.15 petang, pergi ke masjid salat zuhur
berjamaah.
Salam aidifitri
No comments:
Post a Comment