NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Wednesday, 28 August 2013

Hendaklah kita menjaga diri daripada tujuh anggota badan



Berkata Imam Ghazali dalam kitabnya ‘Bidayatul Hidayah’: Hendaklah kita menjaga diri daripada tujuh anggota badan kerana pintu neraka juga ada tujuh yang disediakan untuk anggota tersebut.

Semua tegahan yang tersebut itu, sangat keras tegahannya, yang telah dibuktikan dari berbagai-bagai ayat al-Quran dan juga hadith dan kalam para ulama. Seorang mukmin sewajarnya berwaspada dan menjaga agamanya supaya menepati ajaran dan syariah yang diredhai oleh Allah s.w.t. dan RasulNya.

Syariat menuntut kita supaya mendidik hawa nafsu mengikut ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w..  Sabda Nabi s.a.w.:

“Setiap kalimah yang baik itu merupakan sedekah.”


Mata

Menjaga mata dari empat perkara:

a. Melihat perempuan yang bukan mahram.
b. Melihat gambar-gambar lucah yang membangkitkan syahwat.
c. Melihat orang lain dengan pandangan kehinaan.
d. Melihat keaiban orang lain.


Telinga

Menjaga telinga dari mendengar perkara maksiat seperti perkara bid’ah atau mendengar perkataan jahat, mendengar perkataan yang sia-sia atau pun mendengar akan pengumpatan orang


Lidah

Menjaga lidah dari lapan perkara:
a. Berkata bohong.
a. Memungkiri janji.
b. Mengumpat orang.
c. Berdebat atau bertengkar dan suka membantah perkataan orang lain.
d. Memuji diri sendiri.
e. Melaknat.
f.  Mendoakan celaka bagi orang lain.
g. Bergurau, menolok-olok dan mengejek orang-orang.


Perut

Menjaga perut dari memakan makanan yang haram dan syubahat dan memenuhi perut dengan makanan sampai melebihi had.


Kemaluan

Menjaga kemaluan dari melakukan maksiat seperti onani dengan tangan, berzina, meliawat serta perkara yang membangkitkan syahwat dan lain-lain lagi.


Tangan

Menjaga tangan dari mencuri, membunuh, merompak, memukul orang, menyakiti makhluk Allah s.w.t., melakukan perkara yang haram dan sebagainya.


Kaki

Menjaga kedua kaki dari melangkah ke temapat yang dimurkai oleh Allah s.w.t. dan menendang orang dan sebagainya.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”