NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Tuesday, 27 August 2013

Khabar Gembira Dari Dr. Aidh Al-Qarni


Sumber: dakwatuna.com

Dr. 'Aidh Bin Abdullah Bin 'Aidh Majdu' Bin Aidh Bin Rashid Al-Qarni seorang ulama di Saudi yang terkenal dengan bukunya: “La Tahzan” menulis di ansarportsaid.net, hari Sabtu, 24 Ogos 2013, tentang bagaimana seorang muslim menyikapi kondisi Mesir saat ini. Berikut cuplikan tulisan beliau: Ketika aku sedang menagis kerana meratapi apa yang menimpa umat ini di seluruh dunia Islam, terutama di Mesir dan Suriah.

Ada seorang kawanku datang bertanya:
“Kenapa kau bersedih?”

Aku menjawab:
“Aku bersedih kerana agamaku sedang dalam kesulitan.”

Dia pun menjawab:
“Islam adalah agama Allah s.w.t. Dia sendiri yang akan menolongnya. Bukankah Allah s.w.t. Berfirman: ‘”Aku dan rasul-rasul-Ku pasti menang”. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.’” [ Q.S. Al-Mujadilah: 21]

Aku berkata:
“Kalau begitu, aku menangis kerana orang-orang yang dibunuh secara zalim.”

Dia pun menjawab:
“Mereka telah berbahagia, insya’a Allah, hidup dan mendapatkan rezeki di sisi Allah s.w.t.”

Aku berkata:
“Kalau begitu, aku menangis kerana orang-orang yang terluka, tertawan dan tertindah.”

Dia menjawab:
“Segala musibah yang menimpa seorang muslim, hingga duri yang menusuknya, pasti akan menjadi penghapus dosa dan kesalahannya. Ujian dari Allah s.w.t. adalah kaffaratudz dzunub.”

Aku berkata:
“Kalau begitu, aku menangis kerana janda yang kehilangan suaminya, anak yatim yang kehilangan ayahnya.”

Dia menjawab:
“Allah s.w.t. akan menolong mereka. Kerana Allah s.w.t. adalah penolong bagi orang-orang yang soleh.”

Aku berkata:
“Kalau begitu aku menangis kerana ibu yang kehilangan anak-anaknya, atau orang yang kehilangan orang-orang yang dikasihinya.”

Dia menjawab:
“Hanya orang yang sabar, yang pahalanya diberikan tanpa hitung-hitung.”

Aku berkata:
“Aku bersedih kerana ahli kebatilan berkuasa di bumi ini, mengalahkan ahli kebenaran.”

Dia menjawab:
“Janganlah sekali-kali kamu terperdaya oleh kebebasan orang-orang kafir bergerak di dalam negeri. Itu hanyalah kesenangan sementara, kemudian tempat tinggal mereka ialah Jahanam; dan Jahanam itu adalah tempat yang seburuk-buruknya.” [ Q.S. Ali Imran: 196-197 ]

Dia pun mengakhiri pembicaraan kita dengan sebuah nasihat:
“Kerana itulah tidak ada alasan kita menangis. Hapuslah airmatamu. Yakinilah janji Allah s.w.t. Kalau Dia sudah berjanji, tidak ada yang akan bisa menghalangi-Nya. Perbaikilah dirimu sehingga menjadi orang yang layak termasuk dalam firman Allah s.w.t.: “Negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerusakan di (muka) bumi. Dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa.” [ Q.S.Al-Qashash: 83](msa/dkw/ansarportsaid).

Redaktur: moh sofwan









                                       http://www.dakwatuna.com/kabar-gembira-dari-dr-aidh-qarni/
                                       http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file
                                       https://www.facebook.com/Dr-Aidh-bin-Abdullah-al-Qarni/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”