Oleh:
Junairah
@blogspot
Pada
setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang imam dan
anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan
menyebarkan risalah bertajuk: "Jalan-jalan Syurga", dan beberapa karya
Islamik yang lain. Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya
itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu
menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.
Anak
kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya
berkata:
"Ayah!
Saya dah bersedia."
Ayahnya
terkejut dan berkata:
"Bersedia untuk apa?"
"Bersedia untuk apa?"
"Ayah
bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah."
"Anakku!
Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat."
"Ayah
bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun?"
Ayahnya
menambah:
"Ayah
tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini."
Dengan
merintih anaknya merayu:
"Benarkan
saya pergi ayah?"
Ayahnya
berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya:
"Pergilah
nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"
"Terima
kasih Ayah"
Dengan
wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu
hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan
risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia
akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.
Setelah
dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih
ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.
Akhirnya
dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur
langkah menghampiri rumah itu. Apabila
sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.
Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula
pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya
daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan.
Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di
depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih.
"Nak,
apa yang makcik boleh bantu?"
Wajahnya
bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik,
maaf, saya mengganggu. Saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan
risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah."
Dia
senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
"Terima
kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu," dalam nada yang lembut
Minggu
berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan
ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya:
"Ada
sesiapa nak menyatakan sesuatu?"
Tiba-tiba
sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh
umur itu.
"Saya
rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir
ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu
lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan
meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini," air mata mulai bergenang
di kelopak matanya.
"Pada
Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya
ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak
tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi
diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng
rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang
menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian
saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi."
"Saya
bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya
melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu."
"Seumur
hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya
benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat."
"Makcik,
maaf saya mengganggu. Saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik."
“Itulah
kata-kata yang paling indah yang saya dengar."
"Saya
melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus
baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir
menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asalnya. Aku tak perlukan itu
lagi."
"Lihatlah,
sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada
Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah
sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang
datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam
neraka."
Tiada
satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak
dan bertakbir ALLAHUAKBAR!
Imam
lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada
di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat
yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang
dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya.
Seorang anak yang seumpama malaikat.
Sepatah
dua:
Biarkanlah
air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang
penyayang.
at
3:32 PTG
Pautan berkaitan: http://junairah.blogspot.com/2010/05/jalan-jalan-syurga.html
No comments:
Post a Comment