NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Friday 2 August 2013

PM berbuka puasa bersama rakyat


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan isteri telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama rakyat: ulama~umara, NGO Islam, golongan asnaf, ibu tunggal dan anak yatim; semalam: 23 Ramadhan 1434H bersamaan 1 Ogos 2013M ( Khamis) di kediaman rasmi beliau Kompleks Seri Perdana, Presint 10, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Turut hadir mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, dan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin.

Antara Ngo hadir ialah Sekretariat Ulama dan Umarak Putrajaya, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Perdana Menteri menyampaikan sumbangan aidilfitri Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kepada golongan asnaf Wilayah Persekutuan bernilai lebih RM6 juta di majlis tersebut.

Perdana Menteri dan isteri turut meraikan kehadiran 40 anak yatim dari Rumah Nur Kasih Bestari Segambut, Kuala Lumpur, dan Rumah Nur Muhamad, Shah Alam, Selangor.

Lebih 2,000 jemputan hadir pada majlis tersebut.

Sesungguhnya Allah s.w.t. merahmati usaha kita yang murni. Amin. 










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”