Thursday, July 4,
2013
PEMIMPIN SEBEGINI TAK
LAYAK MENTADBIR MESIR? (GAMBAR)
Dosa-dosa Dr. Muhammad Mursi selama memerintah negara Mesir.
(baca keseluruhan)
Mengapa kalangan liberal sangat berusaha menjatuhkan
Presiden Mesir Dr. Muhammad Mursi? Salah seorang pembaca menghantar tulisan
menarik tentang Dosa-dosa Presiden Mesir Dr. Muhammad Mursi. Boleh jadi,
pendapat yang dihantar melalui fanpage ini benar. Bahawa ‘dosa-dosa’ inilah
yang membuat pemerintahan Mursi di goncang. Berikut tulisan lengkapnya:
Dosa Mursi itu adalah kerana dia boleh membawa Mesir dalam
setahun ke arah jelapang makanan. Yang dulu zaman Mubarak gandum hanya boleh
dihasilkan dalam negeri sebanyak 20% paling banyak, sekarang sudah melampaui
60%. Dulu perlu mengimport ke Amerika, sekarang Mursi mengimport dari negara
yang dia inginkan, yang lebih menguntungkan rakyat. Keadaan ini dapat
menjimatkan belanja negara sampai jutaan dollar pertahun sekaligus meningkatkan
ekonomi petani.
Dosa Mursi adalah kerana membangunkan terusan Suez menjadi
pasaran bebas dunia. Yang dulu di zaman Mubarak hanya menghasilkan wang
sebanyak 5.6 bilion dollar pertahun, akan meningkat 100 bilion dollar pertahun.
Dosa Mursi adalah menaikkan gaji PNS dan pesara sebanyak
lebih 200%, manakala harga-harga barang boleh dipertahankan tidak naik,
sehingga PNS jadi lebih makmur.
Dosa Mursi adalah membina kilang samsung terbesar di Arab di
wilayah Bani Suwef, sehingga harga barang elektronik menjadi murah.
Dosa Mursi adalah membuat kilang kereta sendiri sehingga
untuk tahun-tahun ke depan tidak perlu lagi mengimport kereta.
Dosa Mursi adalah membuat kilang senjata sendiri sehingga
tidak perlu lagi mengimport senjata-senjata rongsokan dari Amerika.
Dosa Mursi adalah membuat kilang Innar (sejenis tablet /
ipad), sehingga seluruh rakyat nanti boleh merasa nikmatknya memakai barang
elektronik bermutu dengan harga yang berpatutan. Anak-anak sekolah boleh
belajar pakai alat canggih.
Dosa Mursi adalah mampu mempertahankan, bahkan menambah
rizab pertukaran asing Mesir yang sebelumnya sudah di ambang kemuflisan.
Dosa Mursi terbesar adalah dia selalu solat berjemaah di
masjid, hafal al-Qur’an, selalu tahajjud dan sabar terhadap segala caci maki.
Dosa Mursi adalah menyokong perjuangan Palestin, Syria dan
Myanmar.
Dosa Mursi yang tidak kalah parahnya mengeluarkan Mesir dari
kongkongan kuasa tentera dalam 40 hari, di mana Erdogan memerlukan
bertahun-tahun untuk melakukan hal itu.
Dosa Mursi meningkatkan harga diri negara Mesir di hadapan
negara Arab lain bahkan dunia. Hingga Mesir jadi negara yang diambil kira.
Dosa Mursi adalah berusaha membangunkan tenaga nuklear dan
tenaga matahari sebagai tenaga alternatif di Mesir.
Dosa Mursi adalah kerana ia mampu menarik pelabur luar
negeri dan mempertahankan kepercayaan asing di Mesir.
Dosa Mursi adalah membuka kembali jalan darat antara Mesir
dan Sudan sehingga kerja sama dalam bidang ekonomi kedua-dua negara akan
meningkat.
Dosa Mursi adalah mampu membuka lapangan kerja baru untuk
600 ribu lebih orang pengangguran.
Dosa Mursi adalah berusaha mengembalikan harta yang dibawa
lari ke luar negeri oleh Husni Mubarak dan kroni-kroninya.
Dosa Mursi adalah menegakkan kehakiman yang sebenarnya dan
berusaha menghabisi kecurangan.
Dan banyak lagi dosa-dosanya yang tidak boleh kita sebutkan
satu persatu yang membuatkan musuh politik Mesir kepanasan, terutama Amerika
dan Israel yang menjadi dalang utama.
Kerana dosa-dosa itulah maka Mursi akan digulingkan oleh
munafik-munafik penyokong Mubarak, liberal, sekular, komunis, dan Kristian
Koptik serta puak Islam munafik. Mereka memandang Mursi sudah gagal dah akan
membawa Mesir ke arah kehancuran.
Itulah logik yang ada dalam kehidupan sekarang.
Itulah dosa insan bernama Mursi
Pautan berkaitan: http://naimnikmat.blogspot.com/pemimpin-sebegini-tak-layak-mentadbir
No comments:
Post a Comment