NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Friday, 30 August 2013

Jangan kamu ketawa terbahak-bahak kerana itu perbuatan orang yang jahil!

  

“Ketika Rasulullah s.a.w. berjalan di hadapan masjid, ada sekelompok sahabat yang sedang bercakap dan gelak-ketawa. Rasulullah s.a.w. memberi salam kepada mereka dan Baginda s.a.w. bersabda:

“Perbanyakkanlah kamu mengingati mati!”

Pada hari berikutnya , Rasulullah s.a.w. melihat sekelompok sahabat juga sedang gelak-ketawa.

Baginda bersabda:

“Demi Allah yang mana nyawaku berada pada kekuasaanNya. Jika kamu mengetahui apa yang aku ketahui maka kamu akan ketawa sedikit dan menangis dengan banyak.”

Rasulullah s.a.w. juga melihat ada sekelompok yang lain sedang bercerita dan ketawa, kemudian Baginda s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya Islam itu bermula secara ganjil dan akan kembali dengan cara ganjil. Oleh itu beruntunglah orang yang ganjil pada hari kiamat!”

Sahabat bertanya:

“Siapakah golongan manusia yang ganjil itu, ya Rasulullah?”

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Mereka ialah apabila manusia berada jauh daripada jalan yang benar sedangkan mereka berada di jalan yang diredhaiNya.””  ( H.R. Imam Muslim )


Diriwayatkan oleh Abdullah bin Rabiah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. dalam khutbahnya  pernah bersabda:

“Jangan kamu ketawa terbahak-bahak kerana itu perbuatan orang yang jahil!” ( H.R. Imam Bukhari )


Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya:

“Apabila kamu melihat seorang mukmin yang pendiam dan mempunyai haibah serta sopan santun maka dekatilah ia kerana  sesungguhnya ia akan menyampaikan beberapa hikmah.” (H. R. Imam Baihaqi )


Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: 

“Barang siapa yang banyak ketawa maka akan dijatuhkan padanya sepuluh hukuman”:
1.   Banyak ketawa menyebabkan mati hatinya.

2.   Banyak ketawa menyebabkan hilang air mukanya (malu dan kemuliaannya)

3.   Banyak ketawa menyebabkan syaitan gembira padanya.

4.   Banyak ketawa menyebabkan Allah s.w.t. murka kepadanya.

5.   Banyak ketawa menyebabkan dia disoal kerana (ketawa) pada hari kiamat.

6.  Banyak ketawa menyebabkan Nabi Muhammad s.a.w. berpaling daripadanya pada hari kiamat.

7.   Banyak ketawa menyebabkan para malaikat mengutuknya.

8.   Banyak ketawa menyebabkan ia dibenci oleh penduduk langit dan bumi.

9.   Banyak ketawa menyebabkan ia menjadi lupa akan segala-galanya.

10. Banyak ketawa menyebabkan aibnya dibukakan pada hari kiamat.


Nabi Musa a.s. bersabda kepada kaum Hawariyin:

“Wahai ulamaulama yang ada di dunia. Janganlah kamu melakukan kerosakan kerana apabila manusia itu sesat, maka ia akan mencari ulama. Akan tetapi jika ulama yang sesat maka tidak ada ubat untuk mengubatinya. Wahai kaum Hawariyin: janganlah kamu itu mengajar dengan mengambil upah akan tetapi jika diberi maka itu memadai.”


Wajar juga kita ketahu bahawa  kita memiliki sifat yang dianggap jahil, iaitu:

Pertama: Ketawa berdahak-dahak kerana itu amalan orang bodoh.
Kedua: Tidur pada waktu pagi tanpa bangun pada malam hari untuk melakukan ibadah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”