FARUSH
KHAN, LIZA HASAN
FOTO:
ROSLI TAIB
VIDEO:MD
NIDZAM, YUSRIZAL YUSUF
30
Ogos 2013
SEMALAM, Sinar Harian mengambil pendekatan dari perspektif berbeza mengenai kisah
penggulingan Presiden Mohamed Mursi dan tragedi berdarah 13 dan 14 Ogos lalu di
Kaherah, Mesir.
Paparan
juga dimuatkan mengenai dakwaan tuduhan palsu terhadap Ikhwanul Muslimin (IM)
yang dilabelkan sebagai pengganas.
Kini,
jutaan rakyat Mesir mahu demokrasi dikembalikan demi keamanan dan membina
semula kegemilangan empayar Islam. Tetapi, mengapa bumi Mesir ini menjadi
rebutan Amerika Syarikat (AS) dan Israel? Benarkah dakwaan bahawa Mursi
memusuhi badan kehakiman? Siapa pula menganianyai imam Al Azhar?.
Segala
persoalan itu terjawab dalam siri akhir temu ramah bersama seorang penganalisis
dari Mesir yang pakar dalam bidang kajian ‘Arab Spring’ sejak 2010.
Ikutilah
wawancara Timbalan Pengarang Berita Farush Khan, Ketua Meja Global Liza Hasan,
jurufoto Rosli Taib, jurukamera Md Nidzam Osman dan Yusrizal Yusuf. Siaran
wawancara ini juga boleh dilayari menerusi www.sinarharian.com.my/sinar-tv.
Mengapa
Mursi tidak disenangi Israel dan AS?
Pertama,
ketika Gaza diserang Israel, Mursi muncul sebagai individu pertama memberi
amaran bahawa Gaza berada di bawah jagaannya dan jangan ada mana-mana pihak
berani mengganggu wilayah itu. Ketika konflik itu, Presiden AS Barack Obama
pernah menghubungi Mursi, meminta bantuan untuk membuat resolusi dalam usaha
menghentikan krisis di Gaza.
Ini
menunjukkan Mursi mempunyai pengaruh kuat di kalangan penduduk Islam dunia.
Tindakan ini menyebabkan Israel menyifatkan Mursi bukan calang-calang pemimpin
untuk dipersendakan seperti bekas presiden, Hosni Mubarak.
Kedua,
jurnal Israel melaporkan, Mursi dan pengikutnya berniat mencabuli perjanjian
Kem David. Perkara ini membimbangkan AS kerana sejak dari 1975 lagi, AS
menyalurkan AS$1.3 bilion dan mereka tidak mahu bantuan itu tidak mendapat
pulangan setimpal.
Apa
yang paling ditakuti Israel?
Sebilangan
rakyat Israel berkata, penggulingan Mursi sangat penting untuk Israel
berbanding 'kejayaan' mereka pada 1967. Ketika itu, Israel menakluki dan
menahan tentera Mesir, Syria, Jordan dan Iraq.
Namun,
bagi Israel, penggulingan Mursi adalah jauh lebih penting berbanding kejayaan
itu. Ini kerana Israel takut Mursi akan menukar keseluruhan jajahan Israel itu.
Mungkinkan
sempadan Sinai menjadi sebab Mursi digulingkan?
Sinai
diduduki Israel kira-kira 20 tahun dari 1967-1975. Sinai amat berharga kepada Mesir
selepas menawan semula wilayah itu. Wilayah Sinai terletak antara sempadan
Mesir dan Israel.
Maka
itu, kami merasakan jika Sinai diambil sekali lagi oleh Israel, perkara itu
amat merbahaya dan mustahil untuk mendapatkannya semula.
Itu
sebabnya, kami menghargai tentera sekiranya mereka boleh menumpukan perhatian
penuh di Sinai.
Apakah
jasa Mursi terhadap wilayah Sinai?
Mengikut
perjanjian Kem David dalam perjanjian Israel dengan Presiden Anwar Sadat
dahulu, tentera Mesir tidak berhak berada di Sinai dengan kelengkapan tentera
berat. Kawasan itu dipecah kepada tiga bahagian.
Di
kawasan A, tentera dibenarkan membawa meriam, di kawasan B, tentera dibenarkan
membawa beberapa senjata dan di kawasan C, tentera hanya dibenarkan membawa
senjata ringan.
Tetapi
Mursi mahu tentera mengawal sempadan itu dengan jumlah yang ramai, lengkap
dengan meriam dan senjata. Tindakan ini bagi menunjukkan kepada Israel bahawa
kepimpinan beliau lain daripada kepimpinan Mubarak
Mengapa
Arab Saudi sokong tentera?
Mursi
berhasrat mewujudkan projek mega di rantau Terusan Suez. Projek ini mampu
memberi keuntungan besar kepada Mesir dalam tempoh 10 tahun, sekali gus
menjadikan negara itu sebagai negara mempunyai kuasa ekonomi terkuat dunia.
Perkara
itu pernah disuarakan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun (Dr) Mahathir
(Mohamad). Tetapi perkara itu tidak disenangi UAE kerana boleh membunuh Dubai.
Kesimpulannya
anda boleh mengetahui mengapa penggulingan Mursi penting buat AS, UAE dan Arab
Saudi. Kita juga boleh melihat permainan mereka ketika penggulingan kerana ada
yang menyalurkan bantuan kewangan dan sokongan moral terhadap kerajaan
sementara.
Apakah
pandangan saudara tentang tentera?
Saya
suka tentera negara saya. Saya memerlukan mereka dan saya bangga dengan mereka
kerana kami meraih banyak kemenangan. Peranan tentera bukan untuk memerintah,
tetapi untuk menjaga keselamatan di sempadan.
Apa
yang terjadi sekarang, mungkin tentera tidak suka untuk beroperasi secara elit.
Mereka mahu mengembalikan semula (pemerintahan) secara paksa. Ini bukan
caranya.
Siapakah
yang meracuni pemikiran dan tentera untuk melakukan rampasan kuasa?
Ketika
sebulan sebelum rampasan kuasa Al-Sisi berkata dalam satu deklarasi:
"Jangan bermain dengan tentera kerana tentera seperti api". Selepas
itu, kami semua mengatakan perkara ini sangat bagus, sekiranya tentera tidak
mahu kembali dalam pemerintahan dan membiarkan orang awam memerintah. Tetapi
apa yang berlaku kumpulan sekular, liberal dan kumpulan minoriti membuat
spekulasi yang tentera tidak berkuasa dalam pemerintahan Islam.
Apa
yang berlaku, kumpulan ini meminta tentera menyelamatkan Mesir dengan
perjanjian sekiranya tentera mengambil semula kuasa dari Islamis maka kuasa
tentera akan dikembalikan semula.
Benarkan
Mursi menganiayai hakim empat hari sebelum digulingkan?
Badan
kehakiman menentang Mursi sejak hari pertama beliau bergelar presiden. Hakim
berkomplot dalam rampasan kuasa. Rampasan kuasa dilakukan lima pihak, tentera,
polis, media, hakim dan kumpulan liberal. Mereka semua berhasrat untuk menjadi
pemimpin politik.
Mereka
juga mendapat campur tangan daripada pihak berkuasa Al Azhar dan gereja.
Mursi
bertindak tegas terhadap hakim kerana tindakan badan kehakiman membebaskan
kesemua tahanan bersalah, termasuk tahanan ketika era rejim Mubarak. Tindakan
itu dilakukan atas kehendak hakim, termasuk menafikan semua tuduhan.
Hakim
juga membebaskan kesemua penyerang pintu masuk rumah presiden dan cuba membunuh
Mursi. Hakikatnya, mereka sebenarnya adalah tentera dan polis. Kebanyakan hakim
mempunyai latar belakang kepolisian. Selepas mereka tamat menjadi polis, mereka
akan menyertai badan kehakiman.
Bagaimanakah
cubaan awal untuk meminta Mursi melepaskan jawatannya?
Mengikut
maklumat daripada seorang hakim pada ucapan terakhir Mursi, seorang tentera
mengarahkan beliau membaca satu kenyataan, berbunyi: "Pada hari ini, saya
(Mursi) akan meletak jawatan" tetapi Mursi tidak membacanya dan memandang
pegawai tentera itu dengan tajam.
Mengapa
beliau membatalkan beberapa deklarasi pada hari angkat sumpah sebagai presiden?
Deklarasi
itu dibuat oleh hakim, manakala perlembagaan dibuat oleh ratusan penggubal undang-undang,
kebanyakan adalah daripada pembangkang. Apa yang menghairankan, seorang
daripada mereka meletak jawatan serta-merta selepas balik dari Israel.
Maknanya
beliau sudah mengetahui akan berlaku rampasan kuasa. Dalam perlembagaan
tersebut syarat paling utama, presiden tidak boleh digulingkan dengan cara
demonstrasi tetapi mengapa Mursi digulingkan dengan cara demonstrasi?
Kedua,
deklarasi itu ditolak Mursi kerana mereka mahu ketepikan imej Islam. Mursi
berkata, jika mereka mahu membatalkan deklarasi, mereka boleh mewujudkan satu
jawatankuasa kerana perlembagaan bukan al-Quran dan mereka boleh membuat apa
juga pindahan.
Bagaimana
kerajaan sementara memburukkan Al Azhar?
Kerajaan
sementara menggunakan polis dan imam Al Azhar untuk memberikan maklumat salah
kepada pro Mursi di Rabaa dan Nadha.
Mereka
memutar belitkan fatwa daripada Mufti Mesir, Sheikh Ali Juma'ah, yang kononnya
menyatakan ‘pro Mursi adalah puak khawarij dan darah khawarij mengikut Islam
adalah halal’. Seorang pegawai berkata, selepas mendengar fatwa itu, beliau
mengaku membunuh 80 orang pada hari tersebut.
Selepas
rampasan kuasa, bagaimanakah masa depan media di Mesir?
Sejurus
tentera berkuasa, mereka menutup semua saluran media Islamis. Sebanyak 17
stesen ditutup pada hari pertama. Maknanya tentera mahu satu saluran sahaja
untuk diikuti rakyat. Mereka mahu mempengaruhi fikiran rakyat.
Pautan berkaitan: http://www.sinarharian.com.my/wawancara/kenapa-mursi-digulingkan
No comments:
Post a Comment