Belanda, Rusia berpadu mencari dalang penembak MH17, manakala Malaysia masih
menunggu arahan Amerika Syarikat untuk tindakan selanjutnya kerana dua pesawat
MAS didajalkan. Sebuah terperosok di Laut Hindi dan sebuah lagi ditembak di ruang
udara Ukraine
Belanda ketika berlakunya
penembakan MH17 banyak mendiamkan diri tergamam kerana mereka masih
mengharapkan Amerika Syarikat dan sekutu NATO akan membantu mencari
penyelesaian punca-punca penembakan itu.
Kenapakah mereka ditembak?
Apakah motif modus operandinya?
Mengapakah mesti memilih pesawat
MAS majoritinya insan-insan tersayang
daripada Belanda?
Tidak cukupkah menyorok MH370
kemudian diilusi-ilusikan terperosok di lautan dalan di selatan Laut Hindi?
Mungkinkah jin-jin Laut Hindi
menyedut duit-duit sehingga 1MDB menjulang keuntungannya?
Begitukah?
Ketika semua pesawat awam melalui kawasan tersebut bebas daripada
penembakan tetapi mensasarkan pesawat MAS. Hebat mainan dajal.
Selepas peristiwa penembakan
MH17, Belanda lebih mengikut telunjuk pihak penyiasat antarabangsa yang
menyiasat punca penembakan itu. Setelah
penyiasatan selesai, laporan tidak didedahkan. Apabila diasak oleh Rusia
tentang kelambatan mengeluarkan laporan siasatan MH17 baharulah dikeluarkan
laporan penyiasatan tentang penembakan MH17. Rusia bersuara kerana ia adalah
salah sebuah anggota yang terlibat dalam penyiasatan tersebut.
Walaupun Rusia salah sebuah
anggota penyiasat tetapi ia tidak mendahului mengeluarkan kenyataan tentang penembakan tersebut berbeza
dengan Amerika Syarikat, awal-awal lagi ia telah menuduh Rusia terlibat dalam
penembakan itu dengan alasan, Rusia membekalkan sistem peluru berpandu BUK
kepada pihak pemisah. Rusia menafikan penglibatan mereka dalam membekalkan
peluru berpandu anti pesawat itu.
Mengapakah Amerika Syarikat
melakukan tuduhan mendahului penyiasatan tentang penembakan MH17 itu?
Ia ada hubung kait dengan
cengkaman Crimea oleh Rusia.
Kenapakah pula sikap senyap dan
berdiam diri Belanda yang sebelum itu lebih kepada penyelesaian diplomasi
secara rakan Eropah dan berharap Amerika Syarikat dapat menangani pembelaan-pembelaan
kepada mangsa-mangsa penembakan MH17 termasuklah Malaysia turut senyap kerana
Amerika Syarikat mengeluarkan kenyataan mendahului penyiasataan?
Walau bagaimanapun, MH370
terperosok di selatan lautan dalam di Laut Hindi. Hebat ‘think-tank’ persekongkolan
golongan dajal.
Agak-agaknya bilakah Belanda mula
berubah sikap? Secara teorinya, ia bermula apabila pegawai penyiasat Belanda
yang menganggotai Jawatankuasa pasukan penyiasatan penembakan MH17 dipecat
daripada menganggotai pasukan penyiasatan itu, dengan alasan mendedahkan
gambar-gambar tragedi penembakan MH17 yang masih dalam penyiasatan dan laporan
penuh tentang penembakan MH17 akan hanya didedahkan kepada umum pada Oktober
2015.
Hari ini, 7 Jun 2015, Ahad, ketika
pertemuan pemimpin-pemimpin ( G7 ) di Jerman untuk menghadiri sidang kelompok
negara-negara maju, sebelumnya dikenali dengan nama ( G8 ) tetapi Rusia kemudian
dikeluarkan.
Selepas setahun sebelas bulan,
Belanda senada dengan Rusia supaya
dalang penembak MH17 dihukum.
“Berpakatlah dengan manusia yang takut kepada Allah s.w.t. tolong
jangan bersekongkol dengan dajal yang mendajal, akhirnya MH370 terperosok di
lautan dalam di Laut Hindi dan jin-jin pula menyedut duit-duit sehingga 1MDB
menjulang aktivitinya.”
Allahu Akhbar.
No comments:
Post a Comment