Pejuang-pejuang Daulah Islamiyah pernah mengingatkan dan memberi
pesanan supaya jangan mendajal dan bersekutu dengan kesyirikan.
Manusia jika terlebih cerdik akan
mendungu diri mereka sendiri kerana kedajalan mendahului kebenaran
khayalan-khayalan, ilusi-ilusi, ucapan-ucapan, tindakan-tindakan dan perlakuan
kesyaitanan merentasi sempadan untuk mengaut harta benda milik orang lain yang
tidak dibenarkan dimiliki oleh dirinya.
Walau bagaimanapun golongan dajal
tidak memikirkan tentang halal haram tentang sesuatu perkara sama ada; hartanah-hartanah,
aset-aset atau apa juga yang boleh dinisbahkan sebagai sesuatu barangan yang mempunyai
nilai kerana bagi mereka sapu ambil.
Pejuang-pejuang Daulah Islamiyah
pernah mengingatkan dan memberi pesanan supaya jangan mendajal dan bersekutu
dengan kesyirikan.
Maka terimalah hukum-hukum yang
wajar diterima kerana senentiasa mendendang lagukan irama-irama keiblisan untuk
merampas harta-harta milik orang lain.
Manusia-manusia yang membisik-bisik
tentang penipuan itu selayaknya digelar dengan gelaran-gelaran yang
menghinakan.
Dalam teori kedajalan, apabila
sesuatu percubaan tidak berkesan untuk tujuan penipuan akan dicubanya lagi dengan
kaedah-kaedah yang lain pula bagi tujuan mendungu-dungu dirinya sendiri.
Teori-teori yang tidak berpaksikan kewarasan benar wajar dinyatakan dengan
bisikan-bisikan:
“Kapal terbang diangkut ke lautan dalam di selatan Laut Hindi
terperosok dicelah-celah kedajalan kerana terjunam menegak 90 darjah bersama
ilusi-ilusi kehidupan supaya difikirkan oleh golongan dungu-dungu ia adalah
suatu kebenaran atau MH370 berpusing-pusing seperti gasing lalu
menjunam dan mendarat dicelah-celah kehidupan mendajal.”
Hukuman-hukum adalah layak bagi
mereka yang bersekutu bersama dajal.
Tolonglah menjadi manusia yang
diingati sepanjang zaman.
Allahu Akhbar.
---------------------------
Pesawat MH370 menjunam secara menegak?
12 Jun 2015 12:35 AM
Penyelidik percaya MH370 menjunam
ke dalam Lautan Hindi secara menegak dari bahagian kepala yang membuatkan jet
itu kekal utuh tanpa mengakibatkan sebarang serpihan. AGENSI
Teori terbaharu oleh sepasukan
ahli matematik itu merumuskan bahawa, jet Boeing 777 yang membawa 239 penumpang
tersebut dijunamkan ke dalam air pada sudut 90 darjah selepas menganalisis
beberapa siri simulasi komputer.
Menurut mereka, hanya dengan cara
itu, pesawat berkenaan berada dalam keadaan kekal utuh, sekali gus menjelaskan
mengapa tiada serpihan, mahupun minyak dari jet itu ditemukan sejak
kehilangannya lebih setahun lalu.
Ahli matematik, Goong Chen yang
mengetuai pasukan penyelidikan itu berkata, saat-saat akhir sebenar MH370
kemungkinan besar akan terus menjadi misteri sehingga satu hari nanti apabila
kotak hitam jet tersebut ditemukan dan maklumat yang terkandung di dalam kotak
terbabit dibongkar.
“Ahli forensik turut memberi
sokongan yang kuat bahawa pesawat itu menjunam ke dalam laut secara menegak,’’
katanya, sebagaimana dilaporkan portal Mail Online.
Penyelidik dilapor menggunakan
sebuah komputer besar bagi menguji lima senario pendaratan termasuk meluncur di
dalam air, sepertimana yang dilakukan oleh Kapten Chesley Sullenberger apabila
beliau mendaratkan jet US Airways dengan selamat di Sungai Hudson dalam satu
peristiwa yang dikenali sebagai ‘keajaiban Hudson’.
Bagaimanapun, senario itu ditolak
kerana MH370 secara umum akan mengakibatkan ombak besar setinggi beberapa meter
yang secara mudah memusnahkan jet itu, sekali gus meninggalkan serpihan.
Pasukan penyelidik dari
Universiti Texas A&M di Qatar
itu berkata, senario yang mungkin paling munasabah adalah kemasukan ke dalam
air secara menegak atau curam kerana cara berkenaan akan mengakibatkan
kurangnya rintangan, sama seperti cara seorang penerjun memasuki air dengan percikan
air yang sedikit.
Senario itu membolehkan jet
terbabit kekal sempurna sebelum tenggelam di dasar Lautan Hindi.
Teori itu didedahkan seminggu
selepas harapan keluarga penumpang pesawat MH370 untuk menemukan pesawat itu
berkecai setelah pihak berkuasa mengumumkan bahawa mereka hampir putus asa
dalam mencari jet tersebut.
Pakar penyelamat berkata, operasi
mencari itu tidak akan dilanjutkan di luar zon pencarian semasa di selatan
Lautan Hindi, walaupun mereka sebelum ini berjanji akan berbuat demikian.
No comments:
Post a Comment