Percambahan minda antara PAS dan
DAP untuk menjulang negara bangsa mula menampakkan sinarnya selepas sirnanya
tersedut oleh perubahan zaman.
Itupun setelah Facebooker Lim Sian See mula
mencoret-coretkan ceritanya.
Barangkali ia sesuai dilontarkan oleh individu
yang melihat tentang ketelusan dalam mengemukakan sesuatu isu supaya bermanfaat
untuk tatapan semua pihak.
Walau bagaimanapun, pencerahan
untuk MH370 terperosok, Pengganasan Lahad Datu yang mengganas dan Kem tentera
dirompak dalam tempoh 5 minit selori senjata canggih dilarikan kemudian berkubu ditepian jalan belum lagi jelas
penceritaannya.
Siapakah individu bertuah yang akan menceritakan maklumat-maklumat yang tersirat itu?
Siapakah individu bertuah yang akan menceritakan maklumat-maklumat yang tersirat itu?
Barangkali tempoh matangnya belum sampai maka
maklumat-maklumatnya masih terperap terperosok dalam ilusi-ilusi kedajalan.
Guan Eng Sendiri Perlu Jawab Isu Tandatangan Surat Perjanjian Sokong Hudud – Lim Sian See
Posted on Thursday, June 18 @
13:26:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh
PenjualCendol
Facebooker Lim Sian See mendakwa
DAP double standard berkaitan isu hudud yang diperjuangkan salah satu parti
kompenan Pakatan Rakyat, PAS.
Menurut facebooker itu terdapat
dua tindakan dalam pimpinan DAP yang saling kontradik berkaitan isu hudud
tersebut.
Satu pihak, DAP melalui Ahli
Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo memberi amaran kepada PR menggantung PAS
daripada gabungan itu kerana menganggap aspirasi parti Islam itu tidak selari
dengan polisi PR.
Gobind merujuk terhadap komen
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang berkata bahawa hudud
adalah lebih penting daripada menawan Putrajaya.
Kenyataan Mohd Amar yang
disiarkan Malaysiakini kata Gobind adalah ‘pengakuan jelas’ daripada pihak PAS
bahawa parti itu tidak serius memainkan peranannya dalam Pakatan untuk memenangi
sokongan menawan Putrajaya, sebaliknya hanya menggunakan Pakatan untuk
menubuhkan sebuah negara Islam dan melaksanakan hukum hudud walaupun DAP dan
PKR tidak bersetuju.
Manakala satu pihak lagi, DAP
melalui Setiausaha Agung, Lim Guan Eng telah menandatangani perjanjian dengan
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersetuju dengan polisi PAS
menubuhkan Negara Islam.
“Tetapi tidakkah Setiausaha Agung
DAP, Lim Guan Eng telah menandatangani perjanjian dengan Hadi Awang dan
bersetuju bahawa PAS boleh berjuang untuk menubuhkan sebuah Negara Islam
(termasuk Hudud)?
“Berikut adalah surat perjanjian
bersama bertarikh April 2013 ditandatangani oleh Guan Eng. Sila minta Guan Eng
sekali lagi memastikan bahawa beliau memang menandatangani surat ini – beliau sudah
mengesahkannya sekali, tetapi anda boleh meminta beliau untuk mengesahkannya
semula,” kata Lim Sian See.
Menurut Lim Sian See,
berkemungkinan besar surat
perjanjian bersama di antara DAP dan PAS itu adalah benar kerana perkara itu
pernah dibangkitkan oleh Naib Presiden PKR, Tian Chua pada April 2014.
“Pada akhir April (2014), Naib
Presiden PKR, Tian Chua pernah kata Guan Eng bersetuju dengan hudud oleh PAS.
Tetapi Guan Eng menafikan dan melabel Tian Chua sebagai pendusta.
“Beberapa hari kemudian, Presiden
PAS, Hadi Awang berkata Guan Eng telah bersetuju dengan hudud oleh PAS. Tetapi
Guan Eng menafikan dan meminta Hadi Awang menunjukkan bukti.
“Kemudian selepas salinan surat yang ditandatangani bersama-telah diedarkan kepada
media, Guan Eng tidak mempunyai pilihan dan mengakui (bahawa) surat itu sahih tetapi spin dengan berkata
bahawa perjanjian itu adalah “tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan”
Ketika menjawab asakan Pengerusi
Gerakan Pulau Pinang, Teng Chang Yeow, Guan Eng dalam kenyataannya kepada
themalaymailonline.com akhirnya mengakui bahawa beliau bersama Hadi
menandatangani surat perjanjian tersebut.
“Dalam satu kenyataan yang
ditandatangani oleh kedua pihak, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan
diri saya sendiri, mengapa Teng tidak menyebut bahawa perjuangan masing-masing
dan kerjasama adalah tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan?, ” kenyataan
Guan Eng dipetik.
Isu surat perjanjian bersama itu mula
dibangkitkan semula oleh facebook pro ulama, El Haraki pada 16 Dis lalu yang
mengesahkan bahawa DAP bersetuju dengan hasrat PAS melaksanakan hudud.
“Kami pemimpin tertinggi dalam
PAS dan DAP menegaskan bahawa kerjasama dalam Pakatan Rakyat adalah berteraskan
kepada dasar bersama atau Manifesto Pakatan Rakyat yang mengikut konsep Negara
Berkebajikan PAS dan perjuangan Adil Untuk Semua mengikut Perlembagaan Malaysia
oleh DAP.
“PAS berhak memperjuangkan akidah
dan konsep Negara Islam secara sendiri. DAP juga berhak memperjuangkan Negara
Berpelembagaan Berpalimen yang tidak sehaluan dengan konsep Negara
Islam..,” kenyataan perjanjian itu dipetik.
Persetujuan DAP membenarkan PAS
memperjuangkan konsep Negara Islam membawa implikasi bahawa DAP bersetuju
dengan hasrat PAS untuk melaksanakan hudud.
No comments:
Post a Comment