Video: Jangan Campur Hal Politik, Kata Nazri Pada Tengku Mahkota Johor
Posted on June 13, 2015 by
Editorial|
Nazri Aziz
Kuala Lumpur – Menteri
Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz membidas kenyataan Tengku
Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sambil memintanya agar tidak campur
tangan dalam urusan politik negara.
Menurut Nazri tindakan anakanda
Sultan Johor itu yang mengeluarkan kenyataan berhubung isu-isu politik negara
akan menyebabkan beliau dikecam.
“Saya rasa beliau harus
menjauhkan diri daripada politik. Jika tidak, beliau juga akan dapat benda yang
sama. Kita akan whack (belasah) dia.
“Raja-raja dan keluarga diraja
ini berada di atas undang-undang. Kalau dia (Tunku Ismail) mahu menjadi ahli
politik, jadi dia perlu beritahu. Kemudian kita boleh menjawab balik.
“Kamu memegang jawatan penting di
negeri… kalau kerajaan “belasah” kamu balik, jangan marah,” katanya dalam
sidang media di Universiti Malaya hari ini.
Nazri berkata demikian sebagai
mengulas kenyataan Tunku Ismail awal bulan ini berhubung ketidakhadiran Najib
dalam program dialog Nothing2Hide.
Tunku Ismail pada 5 Jun lalu
berkata, orang yang ingin menyembunyikan segala-galanya tentu sekali tidak akan
muncul dipercayai merujuk kepada tindakan Perdana Menteri untuk tidak hadir
dalam sesi dialog dengan NGO di Kuala Lumpur atas alasan keselamatan.
Kenyataan itu mengejutkan banyak
pihak dan dikongsi meluas di Internet, terutamanya di media sosial.
No comments:
Post a Comment