NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Wednesday, 10 June 2015

PAS MENJULANG MAS AGRESIF



Pegawai-pegawai MAS mula menyedari bahawa pemain-pemain import yang dihantar khusus mengurus rumah mereka kurang membantu menyebabkan secara sistematik barangan-barangan berharga dalam rumah MAS dilelong sedikit demi sedikit alasannya kerana ‘Malaysia Airlines secara teknikalnya telah muflis’.

Persoalan kini ialah, siapa yang merangka kemuflisan tersebut, sama ada:

1.   Muflis disebabkan oleh masalah semula jadikah?
2.   Muflis disebabkan oleh reka-reka merekahkah?
3.   Muflis disebabkan oleh kewajaran dijenamakan semulakah?
4.   Muflis disebabkan oleh sememangnya dimufliskankah?
5.   Muflis disebabkan oleh perubahan-perubahan zamankah?

Apakah hubung kait antara kegemilangan MAS sebelum ini dan selepas itu merudum? Manakala  syarikat-syarikat yang baharu bertatih memasuki pasaran penerbangan boleh menangani halangan-halangan hidup sehingga pada suatu peringkat wujud kolaborasi daripada syarikat yang baharu menapak itu ingin memakan MAS. Apabila berlaku bantahan secara terbuka daripada masyarakat tentang kolaborasi tersebut akhirnya dibatalkan.

Mata yang terbelalak mula berkerdip dan mulut yang ternganga tadi mengalirkan air liur meleleh membasahi dagu.

Masyarakat secara dekat meneliti perkembangan-perkembangan MAS terutamanya penyorokan MH370 terperosok di lautan dalam di selatan Laut Hindi dan penembakan MH17 dibiarkan seperti menurut telunjuk Amerika Syarikat tetapi hari ini pegawai-pegawai MAS telah mula menunjukkan sikap agresif mereka dengan berhasrat hendak mengadakan mogok.

Barangkali kerana Parti Islam SeMalaysia (PAS)  telah menunjuk ajar cara-cara menjulang martabat umat. Pegawai-pegawai MAS  telah terhidu aroma itu sebagaimana isyarat-isyarat kepada golongan-golongan dajal mendajal melakukan kerosakan-kerosakan bukan sahaja kepada pesawat-pesawat MAS MH370 dan MH17 tetapi terhadap kehidupan mereka.

Untuk mengangkat kegemilangan MAS semula pada esok hari, maka pegawai-pegawai MAS yang ada hari ini wajar meneliti semula kedudukan mereka  daripada zon ‘tunggu dan lihat’ kepada zon ‘agresif menjulang MAS’ sebagaimana para perwakilan Muktamar PAS ke-61 telah menunjukkan isyarat-isyarat kegemilangannya.  Mereka pula  belum lagi menunjukkan tindakan-tindakan realiti di medan lapangan. Mereka hanya  menggunakan jari-jemari dan lidah.

MAS mesti bersikap agresif sebagaimana para perwakilan Muktamar PAS ke-61 menjulang martabatnya.

Sesungguhnya MAS disini lahirnya sebuah cinta.


---------------------------


Warisan


Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”