Nazri Aziz Cabar, Kalau Berani ‘Hentam’ Depan-Depan
Posted on June 14, 2015 by
Editorial|
Menurut Nazri mereka seharusnya
berani tampil dan bukannya bersembunyi di sebalik media sosial
“Saya mungkin seorang menteri
yang tidak mempunyai akaun Twitter dan Facebook (FB) (kerana) saya tidak
percaya dengan Facebook, saya lebih percaya dengan bersemuka (untuk
komunikasi).
“Sekiranya anda mahu menghentam
(saya) secara lisan, hentam saya depan-depan. Saya boleh jawab dengan cara
mudah,” katanya memetik laporan portal Malaysiakini.
Nazri berkata demikian selepas
beliau dibidas dalam media sosial kerana mengingatkan Tengku Mahkota Johor
Tunku Ismail Sultan Ibrahim bahawa campurtangannya dalam politik boleh
mengakibatkan beliau akan ‘dibelasah’ kerajaan.
Baca: Kalau Tak Nak Kena Belasah, Jangan Campur Hal Politik
Dalam wawancara eksklusif bersama
portal tersebut semalam, Nazri turut dilaporkan berkata beliau tidak mengambil
kisah terhadap pendapat negatif yang dilemparkan pengguna Internet terhadap
dirinya.
“Saya tidak mengecam baginda.
Saya berkomunikasi dengannya. Tengku Mahkota harus tahu pihak mana yang perlu
dikecam dan pihak yang beliau akan bergantung untuk melindungi keluarganya.
“Tetapi untuk mengatakan saya
tidak mengenang budi, tahap intelektual golongan ini rendah. Jika tahap
intelektual mereka rendah, saya tidak boleh membantu,” katanya lagi.
Pengendali laman Facebook, Johor
Southern Tigers petang semalam memuatnaik rakaman video pendek Tengku Mahkota
Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang membuat isyarat “marilah”.
Baca: TMJ Cabar Nazri Selepas Kenyataan ‘Belasah’
Melalui rakaman tersebut Tunku
Ismail dilihat membuat isyarat memanggil selepas Nazri memberi amaran agar
anakanda Sultan Johor itu tidak mencampuri isu politik negara.
Menurut Nazri tindakan Tunku
Ismail itu boleh mengakibatkan beliau ‘dibelasah’.
Tunku Ismail pada 5 Jun lalu
berkata, orang yang ingin menyembunyikan segala-galanya tentu sekali tidak akan
muncul dipercayai merujuk kepada tindakan Perdana Menteri untuk tidak hadir
dalam sesi dialog dengan NGO di Kuala Lumpur atas alasan keselamatan.
Kenyataan itu mengejutkan banyak
pihak dan dikongsi meluas di Internet, terutamanya di media sosial.
No comments:
Post a Comment