NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Tuesday, 30 June 2015

ILUSI-ILUSI MH370 PANGLIPUR LARA SIRI 1



Jika dajal memang sifatnya suka mendajal kerana Amerika Syarikat berterusan melakukan kedajalan. 

Pejuang-pejuang Daulah Islamiyah 'masih memanaskan badan' tolong jangan berterusan mendajal.

Jangan mereka-reka cerita dan memanipulasikan cerita-cerita yang terpancar dari ilusi-ilusi kedajalan. 

Jangan sampai disumpah menjadi kera. 

Tolong jangan mendajal. Anak-anak bangsa tidak akan bersekongkol, berkomplot dan menipu negara bangsanya kecuali yang sifatnya memang mendajal.

Mengimport pemain-pemain luar dan membuang pemain-pemain tempatan. Jangan menjadikan pemain-pemain import menjadi penasihat-penasihat menjulang martabat umat kerana sifatnya mendajal. 

Tiada kebaikan baginya. Jangan sedut duit-duit amanah bangsa. Jangan sampai anak-anak bangsa kebuluran maka tiada ampunan bagi dajal.

Bebaskan MH370. 


------------------


Bateri litium punca MH370 terhempas?
30 Jun 2015 12:16 AM


NEW YORK 29 Jun – Teori terbaharu berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada Mac tahun lalu mendakwa, pesawat itu membawa bateri litium-ion di dalam kargonya yang dipercayai terbakar sehingga asap memenuhi ruang kapal terbang tersebut dengan karbon monoksida, sekali gus menjadi punca ‘kehilangan’ jet itu bersama-sama 239 penumpang dan anak kapal.

Teori itu yang diutarakan oleh pakar penerbangan Amerika Syarikat (AS), Bruce Robertson yang juga merupakan seorang jurutera penerbangan dan juruterbang AS berkata, bateri mudah terbakar dalam ruangan kargo dan merebak ke dalam pesawat sehingga mendorong pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid menukar haluan penerbangan dan meletakkan pesawat itu pada kedudukan menurun bagi melakukan pendaratan cemas.

Portal Mail Online melaporkan, Fariq terhidu asap beracun itu dan mendorongnya menukar haluan pesawat berkenaan yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dan pemanduan pesawat itu kepada mod autopilot selama beberapa jam sebelum terhempas di Lautan Hindi.

Robertson pada masa sama mendakwa, misi pencarian pesawat itu yang diketuai Australia, dilakukan di lokasi yang silap di Lautan Hindi dengan mengandaikan pesawat tersebut berada di barat Exmouth dekat Australia Barat.

“Jet itu terhempas di barat Lautan Hindi di Zenith Plateau, barat Exmouth, Australia. Kedudukannya dalam lingkungan 21 darjah ke selatan dan 103 darjah ke timur.

“Banyak masa dan wang dibazirkan dalam pencarian sia-sia di kawasan yang lebih jauh di barat daya di barat Perth,’’ kata Robertson yang menulis dalam laman web penerbangannya.

Teori Robertson itu dibuat selepas pihak MAS mengesahkan pada tahun lalu bahawa MH370 membawa bateri litium-ion mudah terbakar pada ruangan kargonya.








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”