NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Friday, 14 August 2015

BERDAKWAH DENGAN TEGAS


Islam apabila menjelaskan sesuatu adalah tepat, tegas dan benar. Mereka yang melakukannya pula adalah golongan yang bersungguh-sungguh menikmati rahmatnya. Ia dilakukan dengan keupayaan tenaga dan sumber-sumber yang dimiliki. 

Matlamat tersebut mestilah bersumberkan daripada falsafah Islam itu sendiri. Ambilannya daripada Al-Quran dan As-Sunnah. 

Al-Quran dibacakan kepada Nabi s.a.w. dan disampaikan terus kepada para sahabat. Kesinambungannya berlanjutan sehingga hari ini. 

Manakala As-sunnah pula adalah suatu pembelajaraan yang dizahirkan secara praktikal oleh Junjungan Besar Rasulullah s.a.w. yang tampak dengan tepat oleh para sahabat sebagi suatu ikutan yang nyata.  Tiada kesangsian keraguan padanya. Gambaran-gambaran tersebut meresap dalam akal, sanubari dan tindakan-tindakan generasi sahabat dan tabien sehinggalah akhir zaman.


Allah s.w.t. mengingatkan melalui surah Ali Imran ayat 104:



A104



"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya."

Sabda Nabi s.a.w.:

“Siapa dari antara kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Kalau tidak kuasa (ubahlah) dengan lidahnya, kalau tidak kuasa (ubahlah) dengan hatinya. Ini adalah iman paling lemah. Dan dalam riwayat lain. Di balik itu tidak ada sebesar baji sawi pun daripadanya iman.”   ( Hadith riwayat oleh Imam Muslim )


Orang-orang yang diam terhadap kejahatan adalah syaitan bisu.


Orang muslim adalah saudara mukmin yang tidak boleh gembirakan nasihatnya walaupun bagaimana keadaannya.


Antara beberapa kata-kata sahabat:
Hak orang mukmin yang ditanggung oleh saudaranya, ialah:


1.       Hendaklah dia menerangkan kebenaran kepada saudaranya bila diperlukan.
2.       Dia menyokong cita-citanya bila sudah betul.
3.       Dia berterima kasih kepadanya bila yang satu telah berbuat baik kepadanya.
4.       Dia mengingatkannya bila yang satu telah lupa.
5.       Dia membimbingnya bila yang satu telah menyimpang.
6.       Dia membetulkannya bila yang satu telah silap.
7.       Dia berseloroh (bermujamalah) dalam perkara-perkara yang benar.
8.       Jangan dia terikut sama dalam perkara kebatilan.
9.       Orang mukmin adalah:
a.       Sebagai penunjuk
b.       Sebagai pedoman
c.       Sebagai pembantu
d.       Sebagai penyimpan kepercayaan
e.       Sebagai pelindungnya.


Sesuatu yang mudah diterima dan tidak perlu memikir panjang adalah bahawa manusia tidak sama:

1.       Tahap pemikirannya
2.       Daya memikirannya
3.       Ketajaman akalnya
4.       Kuasa tenaganya
5.       Keupayaan bertindak
6.       Kemampuan memimpin
7.       Menyelesaikan masalah
8.       Menangani mencegah kedajalan
9.       Menetapkan gerak-kerja
10.     Membaca gelagat musuh


Pernilaian yang objektif mestilah berdasarkan dalam ruang lingkup yang diketahui, bukan sahaja sebelum kejadian tetapi apabila kejadian itu berlaku dan kesudahan kepada kejadian-kejadianya:

1.       Faham permulaannya
2.       Faham perkembangannya
3.       Faham akhirannya
4.       Faham rumusan ceritanya


Perbezaan tersebut menjelaskan tentang keupayaan manusia dalam masyarakatnya. Beruntunglah  mereka yang dianugerahkan kelebihan-kelebihan keilmuan tersebut yang penting jangan berkomplot mendajal.








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”