Pada 11 September 2001 (Selasa), jam 8.45 pagi, bangunan World Trade
Center (WTC), New York City, Amerika Syarikat diserang oleh pesawat berteknologi tinggi.
Puncanya kerana Amerika
Syarikat akan menyerang Afghanistan sebuah negara miskin yang terletak di
kawasan pergunungan. Lokasinya strategik dari segi ketenteraan.
Ia boleh
dijadikan pusat pesawat pengebom dan peluncuran peluru perpandu antara benua ke benua.
Dari sana juga ia boleh menghalakan persenjataannya itu ke pelbagai penjuru alam 360 darjah kerana ia berada pada titik pusat lingakaran musuh-musuh Amerika Syarikat.
Pada 29 Julai 2015 (Rabu), sekitar jam 5.20 petang, Menara II Bukit
Aman, Kuala Lumpur, Malaysia, lumpuh diserang oleh api yang sifatnya membakar,
belum ada penjelasan mengenai peristiwa tersebut. Puncanya kerana Muhyiddin
Yassin sebagai TPM dipecat daripada jawatannya bersama lima menteri yang
lain. Manakala Peguam Negara tersedar
dari tidur diberhentikan daripada jawatan tersebut, direhatkan sebelum
tempoh perkhidmatannya berakhir atau bersara wajib pada 9 Oktober 2015. Alasannya sebab-sebab kesihatan.
Serentetan daripada dua peristiwa tersebut, kini api-api yang
dahulunya menjadi kawan telah mula menunjukkan taringnya. Barangkali ia sebagai
isyarat bahawa sesuatu kebakaran yang berskala besar bermula daripada api yang
berskala kecil, dahulu berkawan kini berlawan, sebagaimana gempa bumi dimulai dengan tanda-tanda gempa kecil
kemudian disusuli menjadi gempa besar seterusnya menyusut.
Apabila kita bertanya kepada jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR)
bolehkah atau tidak boleh ditentukan tempoh masa lampu jalan bertukar warna
sama ada menjadi warna hijau, warna kuning dan warna merah kemudian
mengulanginya semula warna-warna tersebut?
Barangkali dalam tempoh yang sama selepas ditetapkan tempoh-tempoh jangkamasa lampu-lampu itu menyala, bertukar ganti berhenti dan menyala seterusnya.
Barangkali dalam tempoh yang sama selepas ditetapkan tempoh-tempoh jangkamasa lampu-lampu itu menyala, bertukar ganti berhenti dan menyala seterusnya.
Atau apabila bil-bil Astro, telefon, internet dan komputer
ditentukan tamat tempoh penggunaannya maka ia pun berdetik berhenti menyebabkan
ia tidak berfungsi langsung ‘perkhidmatan ditamatkan’, sepertimana ilusi-ilusi
TV Astro dalam salam aidilfitri kosong-kosong.
Maka benarlah promosi, iklan dan bisikan-bisikan TV Astro itu
kosong-kosong kepada TPM, lima menteri yang lain dan Peguam Negara itu. Selepas ini akan
menyusul pula nama-nama yang berbangkit kemudiannya kerana pertuduhan
dilakukan mendahului, bukti-bukti menyusul kemudian sebagaimana pesawat besi karat
ditemui setelah ilusi-ilusi kedajalan dimuktamadkan eposidnya untuk abad ke-21.
Puncannya kerana World Trade Center (WTC) diserang dan Menara II
Bukit Aman juga diserang. Modus operandinya berbeza tetapi maksudnya sama ‘diserang’; WTC diserang oleh pesawat dan Menara II Bukit
Aman diserang oleh api.
Atau barangkali Menara II Bukit Aman merajuk kerana Menara I Bukit Aman lebih mesra pelanggan. Ia pula hampir-hampir dipinggirkan kerana tapaknya sentiasa terhakis apabila hujan turun tanpa henti menyebabkan tanah-tanah pinggirannya terhakis. Ia boleh membahayakan penghuninya dan kawasan persekitarannya. Ruang-ruangnya pula sepi.
Atau barangkali Menara II Bukit Aman merajuk kerana Menara I Bukit Aman lebih mesra pelanggan. Ia pula hampir-hampir dipinggirkan kerana tapaknya sentiasa terhakis apabila hujan turun tanpa henti menyebabkan tanah-tanah pinggirannya terhakis. Ia boleh membahayakan penghuninya dan kawasan persekitarannya. Ruang-ruangnya pula sepi.
Beruntunglah mereka yang memahami maksud serangan itu.
No comments:
Post a Comment