Syaitan tidak mempunyai kuasa. Ia makhluk dicipta. Ia dicipta sebagaimana makhluk-makhluk lain dicipta, seperti penciptaan manusia, malaikat, binatang dan tumbuh-tumbuhan. Tetapi malangnya
manusia mengambil tuhan-tuhan selain daripada Allah Taala untuk tujuan
penyembahan, mengabdi diri dan memohon sesuatu, menjadikan mereka
pemimpin-pemimpin kehidupan, tuhan-tuhan yang tidak mencipta apapun-tiada kuasa, bahkan
ia sendiri dicipta dan tiada kuasa melakukan sesuatu sama ada menolak sesuatu
kemudaratan dari dirinya, tidak pula
untuk mengambil sesuatu kemanfaatanpun, tidak ada kuasa mematikan, menghidupkan dan
tidak pula membangkitkan. Begitu juga pengikut-pengikut
syaitan yang menyembah kepadanya mencipta dongengan-dongengan kedajalan supaya
bisikan-bisikan pembohongan meresap dalam akal mereka mendendang-dengang
menurut nafsu. Ia berterusan berlaku kerana isme-isme ketahyulan telah meresap
dalam akal, mengalir keseluruh anggota badan melalui aliran darah yang telah
sebati dengannya.
Orang-orang kafir tabiatnya
menyanggah sesuatu kebenaran, apabila disebutkan kepadanya ayat-ayat Allah
Taala, namun dalam perkara-perkara kedajalan otaknya mudah menerima teori-teori
yang mengumpan akal mereka terbuai-buai sehingga masa hidupnya berlalu bersama
ilusi-ilusi kedajalan yang dipaksakan kepadanya. Ia menerimanya cerita-cerita
kedajalan itu seperti ia terlibat di dalam perlakuan-perlakuannya dan menolak
kebenaran walaupun terpampang di hadapan matanya bencan-bencana yang menimpa
dirinya. Ia terpesona, tergamam, tercengang sehingga mata dan wajahnya
memandang kehadapan tanpa berkerdip ke suatu arah sambil senyum, manakala
akalnya menerawang mencari sesuatu igauan yang tidak kesampaian. Apabila tersentak dari lamunan, baharu ia sedar
rupa-rupanya ia sedang berkhayal melihat ciptaan Allah Taala seperti dalam
suatu mimpin yang datang dan pergi daripadanya
dan hilang bersama-sama impian-impian menghiburkan yang melayang-layang.
Golongan kekufuran akan membawa
cerita-cerita pembohongan dengan bukti-bukti kepalsuan. Mengolah-olah
berita-berita terkini dengan senario yang berlaku sebelumnya, memadan-madankan
cerita berbangkit dengan plot cerita-cerita usang disegarkan, dikembang
mekapkan dengan warna-warni mempersonakan,
mendedahkan maklumat-maklumat palsu menurut sentimen pemikiran dan daya
fikir khalayak-khalayaknya bersumberkan
fakta-fakat ditokok tambah dan disesuaikan dengan situasi semasa bagi
membangkitkan perasaan emosi, gaya berfikar dan tindakan yang munasabah
daripada pandangan kedajalan kepada suatu pandangan umum diterima pakai oleh kedajalan
mereka. Golongan dungu-dungu pula menerimanya kerana unsur-unsur kebatilan
mengakar dalam kehidupannya sebagaimana sumber-sumber halal dan haram
bercampur-baur berpadu bersekutu dalam tubuhnya meresap disedut-sedut oleh
akar-akar itu untuk membina kehidupan.
Puncanya kerana cerita-cerita
kesyaitanan itu meresap kepada MH370 terperosok di Laut Hindi. Pengganasan
Lahad Datu dikunci dengan perintah berkurung kerana hukuman-hukuman belum
ditetapkan kepada komplot kedajalan. IS-IS pula telah berkubur bersama
kedajalan.
Suatu dialog menarik antara Allah
Taala dengan golongan yang sesat yang dihimpunkan bersama apa yang mereka
sembah selain Allah, walaupun ringkas dialognya tetapi pengertiannya amat
mendalam kepada kita yang menegakkan kebenaran dan menafikan kepalsuan dalam
kedajalan, sebagaimana golongan kedajalan membisik-bisikkan kepada golongan
dungu-dungu supaya membisu dan menulikan episod-episod tentang MH370 bersama
ilusi-ilusi kedajalan walaupun Allah Taala mengurniakan kepada mereka
kesempurnaan akal, lidah dan hati namun tetap menuruti kesyaitanan kerana
Amerika Syarikat telah menguasai urat nadi mereka, antara dialog tersebut;
Allah: “Apakah kamu yang
menyesatkan hamba-hamba-Ku itu, atau mereka sendirikah yang sesat dari jalan
(yang sebenar)?”
Mereka yang disembah itu menjawab: “Maha Suci Engkau, tidaklah patut bagi kami mengambil selain Engkau
(untuk menjadi pelindung), akan tetapi Engkau telah memberi mereka dan
bapa-bapa mereka kenikmatan hidup, sampai mereka lupa mengingati (Engkau), dan
mereka adalah kaum yang binasa.”
Allah: “Maka sesungguhnya
mereka (yang disembah itu) telah mendustakan kamu tentang apa yang kamu katakan
maka kamu tidak akan dapat menolak (azab) dan tidak (pula) menolong (dirimu),
dan barangsiapa di antara kamu yang berbuat zalim, nesaya Kami rasakan
kepadanya azab yang benar. Dan Kami tidak mengutus rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad),
melainkan mereka sungguh memakan makanan dan berjalan dipasar-pasar. Dan Kami
jadikan sebahagian kamu cobaan bagi sebahagian yang lain. Mahukah kamu
bersabar?, dan adalah Tuhanmu Maha Melihat.”
Allah: “ Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang
yang berjalan di atas bumi dengan rendah
hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata
yang baik. Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk
Tuhan mereka.”
Orang-orang yang beriman: “Ya Tuhan kami, jauhkan azab jahanam dari kami, sesungguhnya azabnya itu adalah
kebinasaan yang kekal. Sesungguhnya jahanam itu seburuk-buruk tempat menetap
dan tempat kediaman.”
No comments:
Post a Comment