NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Saturday, 8 August 2015

KOTAK HITAM 2: ANTARA 4U 9525 DENGAN 9M-IGB



Penyiasat Perancis dapat melakukan pembedahan ke atas kotak hitam Germanwings 4U 9525 Airbus A320 yang terbang semasa kabus di pergunungan Alps, Perancis pada 24 Mac 2015,  tidak melewati seminggu manakala kotak hitam milik 9M-IGB  Airbus AS365N2 milik IGB dengan pemandu disewa khas terbang merentas hutan Pahang Darul Aman terhempas ketika hujan renyai-renyai di Sungai Pening, Semenyih, Selangor, Malaysia pada 5 April 2015 mohon tempoh lanjutan untuk pembedahannya didedahkan.

Kedua-dua kenderaan terbang itu, pesawat dan helikopter; pesawat milik Germanwings dan helikopter milik IGB adalah keluaran syarikat yang sama iaitu Airbus.

Perbezaan di antara keluaran Airbus itu; Germanwings 4U 9525 Airbus A320 selesai dibedah siasat dengan kadar segera dalam tempoh seminggu sahaja dapat diselesaikan dengan menyalahkan orang mati antara punca tragedi tersebut.

Manakala 9M-IGB Airbus AS365N2 mengambil masa lebih dari  dua minggu kerana gadis comel menjadi misteri yang terbakar hanggus kerana gambarnya dikutip dari halaman web disandarkan sebagi gadis yang mati terbakar. Kesian.  Puncanya pula kerana mendarat dikawasan berselut sehingga helicopter senget ketika mendarat.

Manusia apabila melakukan kedajalan akan diturunkan bencana demi bencana ke atas mereka termasuk yang berpakat, bersekongkol, bersimpati, mendokong, menyokong, mendiamkan diri kerana mengetahui perkara yang benar tetapi mengalihkan isu sebenar kepada isu-isu yang lain seolah-olah tidak diketahui hanya didedahkan apabila golongan dungu-dungu kecoh mengenainya, baharulah ia membuat penafian dengan menyembunyikan fakta yang benar.

Allah s.w.t. akan mnghukum mereka termasuk si celik yang membuta tuli.

Banyak kisah-kisah yang benar tetapi dikabur-kaburkan ceritanya sebagaimana Amerika Syarikat kabur menghadapi pejuang-pejuang di wilayah-wilayah Daulah Islamiyah. Amerika Syarikat bukan sahaja kabur di wilayah-wilayah yang benar tetapi turut didedahkan maklumat tentera-tenteranya, agen-agennya dan sekutu-sekutu penampannya sehingga diberi amaran keras supaya tidak berterusan mendajal.

Antara peristiwa-peristiwa yang diketahui oleh orang-orang yang  mengetahui kisah-kisahnya tetapi terkabur mata mereka kerana terhijab akibat hukuman-hukuman sedang menanti apabila sampai kepada kesesatan tiada ampunan bagimu lagi, antaranya; Peristiwa Memali, Kem tentera dalam tempoh 5 minit dirompak, Semenanjung Malaysia bergelap semalaman, tanah-tanah Keretapi Tanah Melayu dilelong kini ia menyewa ditapak tanah asal miliknya, Pengganasan Lahad Datu, ATM digodam wang tunai RM30 juta lesap mencurah-curah memasuki karung puaka dan sehingga kini dongengan MH370 melambai-lambai golongan dungu-dungu.

Manusia apabila dibisik-bisik oleh dajal mereka pun tersentak, turut mendajal, manakala apabila Al-Quran membisik-bisik hati nurani mula meresap akan menjadi pejuang-pejuang ikhlas dan benar dalam tindakan mereka.

Kemelut kedajalan diselesaikan dengan bisikan-bisikan kesesatan manakala perkara-perkara kebenaran diselesaikan dengan hukuman-hukum yang telah dikanunkan.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”