Golongan yang diberkati itu
senentiasa berwirid di bibirnya dengan ucapan-ucapan kalimah-kalimah
membesarkan Allah Taala, mengagung-agungkan Penciptanya, dan memohon segala hajat hanya kepada Tuhan
Pencipta Alam Semesta, yang tidak beranak dan tidak diperanakan, ia Esa dan
berdiri dengan sendirinya, kekal abadi selama-lamanya. Ucapan-ucapan itu pula bukan hanya
dilafazakan melalui mulut tetapi meresap sehingga bersemadi di dalam hati dan
akal. Kesan daripadanya membawa kepada kepecayaan dan tindakan yang mutlak
kepada Tuhan Rabbal Alamin.
Allah Taala merakamkan dalam
Al-Quran, munajat seorang hamba kepada Tuhannya melalui surah Al-Furqaan ayat
74-76:
“Dan juga mereka (yang diredhai
Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan
kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara
yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi
orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
Mereka itu semuanya akan dibalas
dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan
mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya,
Mereka kekal di dalam Syurga itu;
amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal.”
Manusia yang diberkati itu
apabila mereka berjalan di muka bumi dengan rendah hati dan apabila golongan
jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan dengan kata-kata yang baik. Manakala
individu-individu yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk
Tuhan mereka kerana mengerjakan salat
tahajud semata-mata kerana Allah Taala.
Maka berkatalah orang-orang yang
beriman:
“Ya tuhan kami, jauhkan azab jahanam dari kami, sesungguhnya azabnya itu adalah
kebinasaan yang kekal. Sesungguhnya jahanam itu seburuk-buruk tempat menetap
dan tempat kediaman.”
Golongan yang diberkati itu
apabila membelanja (harta), mereka tidak berlebih-lebihan, dan tidak (pula)
kikir, dan adalah (perbelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian.
Golongan yang diberkati itu adalah
orang-orang yang tidak menyembah tuhan yang lain beserta Allah Taala dan tidak
membunuh jiwa yang diharamkan Allah Taala (membunuhnya) KECUALI dengan (alasan)
yang benar, dan tidak berzina, barangsiapa yang melakukan demikian itu, nesaya
dia mendapat (pembalasan dosa (nya);
Golongan yang diberkati itu akan terhindar
daripada azab pada hari kiamat, di mana golongan yang diazab itu kekal dalam
azab, dalam keadaan terhina.
Golongan yang diberkati itu adalah
orang-orang yang bertaubat dan mengerjakan amal saleh, maka sesungguhnya dia
bertaubat kepada Allah Taala dengan taubat yang sebenar-benarnya.
Golongan yang diberkati itu adalah
orang-orang yang tidak memberikan persaksian palsu, dan apabila mereka bertemu
dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah,
mereka lalui (saja) dengan menjaga kehormatan dirinya.
Golongan yang diberkati itu adalah
orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, mereka
tidaklah menghadapinya sebagai orang-orang yang tuli dan buta.
Sesunggunhnya orang-orang yang
tuli dan buta kekal dan mereka yang sengaja melakukan sifat-sifat tersebut adalah
golongan orang kurang upaya (OKU).
No comments:
Post a Comment