NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Wednesday, 19 August 2015

LILIN MEMAKAN MEMBAKAR DIRI



Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) mula bergolak apabila Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dilucut  daripada jawatannya bersama Menteri Kanan, orang keempat dalam hierarki UMNO, Mohd Shafie Afdal, termasuk Peguam Negara, Abdul Gani Patail. Riak-riak kocakannya tidak mengoncangkan kapal kerana gelombangnya berskala kecil  ketika ini dan tempoh iddahnya pula belum sampai. Manakala dalam tempoh setahun enam bulan, mulai Julai 2015,  pemilihan untuk jawatan-jawatan dalam UMNO telah dipersetujui ditangguhkan bagi menghadapi gempa-gempa yang akan datang (bahasa halusnya menghadapi pilihanraya umum ke-14).

Barangkali juga rakan-rakan yang terlucut itu mengambil pendekatan daripada pengalaman pejuang-pejuang Daulah Islamiyah, kini ‘sedang memanaskan badan’ kerana makhluk di langit dan di bumi mendengar doa-doa mereka. Apabila makhluk di langit dan di bumi mendengar munajat mereka maka petandanya barakahlah ia.

Walau bagaimanapun dalam tempoh-tempoh terdekat kini terdengar suara-suara kedajalan sedang mendayu-dayu memaksa golongan dungu-dungu menerima pentas sketsa yang bergelumang dengan besi-besi terbuang dijadikan pembuktian MH370 menurut lentok-lentok longlai penyampainya kerana hidup ini perlu ketelusan jika tidak akan disumpah menjadi kera, supaya tempiasan sumpahan-sumpahan itu  tidak mengena dan muka pula tidak menjadi babi seperti yang berlaku di Bukit Damansara, beberapa tahun yang lalu tidak berulang. Tolong jangan mendajal sebelum pendedahan tentang kejadian mayat babi itu di halaman ini. Kita tidak mahu anak-anak bangsa ini mendajal dan dirakamkan oleh CCTV. Biarkan sahaja Amerika Syarikat mendajal kerana hukuman akan diterima oleh mereka melalui pejuang-pejuang Daulah Islamiyah, Insya Allah.

Walau apapun kocakan air-air itu, ia bersifat perlahan tetapi sekali sekala terasa juga gelombangnya seperti ‘gelombang biru’ sehingga menyengetkan kapal akibat tolakan-tolakan dan penumpang-penumpangnya pula  bergerak-gerak ke kanan dan ke kiri. Akhirnya imbangan kapal turun dan naik. Barangkali timbangan berat sebelah, tidak selaras.

Nakhoda, dan pembantu nakhoda yang dilucutkan oleh Nakhoda telah dipersetujui pada asalnya untuk merasmikan mesyuarat-mesyuarat tahunan sesebuah Bahagian UMNO tetapi telah dihalang hadir merasmikan mesyuarat-mesyuarat tersebut (dalam bahasa halus ditolak oleh jawatankuasa Bahagian UMNO tersebut) disebabkan perkembangan-perkembangan semasa. Maka terbinalah dua buah khemah yang sama logo tetapi masing-masing berwaspada, saling bertentangan-berlawanan antara anak jantan.

Ada tiga isu berbangkit berkaitan ‘lilin memakan membakar diri atau lilin membakar memakan diri’ itu;


Pertama: Suasana sebelum pemecatan Timbalan Perdanan Menteri, Menteri Kanan 2 dan beberapa menteri tidak berkocak, maka dari segi ‘ranking’ jawatan tertinggi dalam UMNO adalah seperti berikut:

Mohamad Najib Abdul Razak - Presiden
Muhyiddin Yassin         -           Timbalan Presiden
Ahmad Zahid Hamidi    -           Naib Presiden 1
Mohd Shafie Afdal        -           Naib Presiden 2
Hishammuddin Hussein-          Naib Presiden 3

Daripada susunan jawatan tersebut dalam jawatan tertinggi UMNO secara normal dapat difikirkan seperti berikut; Presiden akan dibantu oleh Timbalan Presiden, manakala Naib Presiden 1, Naib Presiden 2 dan Naib Presiden 3 akan membantu Presiden dan Timbalan Presiden. Dari segi jawatan Kabinet pula penyusunannya, seperti berikut;

Mohamad Najib Abdul Razak - Perdana Menteri
Muhyiddin Yassin         -           Timbalan Perdana Menteri
Ahmad Zahid Hamidi    -           Menteri Kanan 1
Mohd Shafie Afdal        -           Menteri Kanan 2
Hishammuddin Hussein-           Menteri Kanan 3


Kedua: Selepas pemecatan jawatan Timbalan Perdana Menteri secara tradisinya, dia juga adalah Timbalan Presiden UMNO. Maka senario yang berlaku pada 29 Julai 2015 (Rabu) merubah persepsi  bahawa Presiden dan Tiimbalan Presiden UMNO akan berbincang dalam isu pembentukan Kabinet. Maka berlakulah senario untuk jawatan tertinggi UMNO dari segi ‘ranking’nya seperti berikut:

Mohamad Najib Abdul Razak - Presiden
Muhyiddin Yassin         -           Timbalan Presiden
Ahmad Zahid Hamidi    -           Naib Presiden 1
Mohd Shafie Afdal        -           Naib Presiden 2
Hishammuddin Hussein-           Naib Presiden 3

Dari segi jawatan Kabinet pula ia telah berlaku perubahan-perubahan yang drastik kerana regu-regu yang sudah tidak serasi, jawatan Timbalan Perdana Menteri @Timbalan Presiden UMNO diserahkan tugas-tugas Timbalan Perdana Menteri kepada Naib Presiden 1 UMNO, manakala jawatan Timbalan Presiden UMNO kekal. Dalam jawatan Kabinet, Timbalan Presiden UMNO dan Naib Presiden 2 UMNO dilucutkan, maka kedudukan Timbalan Presiden dan Naib Presiden 2 UMNO dalam Kabinet seperti  berikut:           

Mohamad Najib Abdul Razak - Perdana Menteri
Ahmad Zahid Hamidi    -           Timbalan Perdana Menteri
Hishammuddin Hussein-           Menteri Kanan 1
Muhyiddin Yassin         -           Dilucut
Mohd Shafie Afdal        -           Dilucut


Ketiga: Suasana terkini, beberapa senario pula akan berlaku, seandainya Perdana Menteri berundur, secara tidak langsung Timbalan Perdana Menteri akan memangku jawatan Perdana Menteri  dan kemudian disahkan sebagai Perdana Menteri. Jika menurut senioriti agak-agaknya siapakah Timbalan Perdana Menter nanti?  Susunan Kabinet terkini seperti berikut:

Mohamad Najib Abdul Razak - Perdana Menteri
Ahmad Zahid Hamidi    -           Timbalan Perdana Menteri
Hishammuddin Hussein-           Menteri Kanan 1

Manakala senario memungkinkan, sekiranya Mohamad Najib Abdul Razak berundur daripada jawatan Kabinet yang disandangnya sekarang,  secara tidak langsung Ahmad Zahid Hamidi akan memangku jawatan Perdana Menteri,  kemudian disahkan sebagai Perdana Menteri.  Manakala Timbalannya adalah Hishammuddin Hussein kerana ia menteri kanan 1, seperti berikut:

Ahmad Zahid Hamidi     -           Perdana Menteri
Hishammuddin Hussein-           Timbalan Perdana Menteri

Walau bagaimanapun, apabila UMNO berbalah dalam kelambu yang sama, ia akan menjejaskan kredibiliti UMNO sebagai peneraju negara melalui Kabinet kerana ia mengetuai pemerintahan negara.

Akhirnya masyarakat akan memikirkan bahawa percaturan hierarki dalam UMNO sedang merangka, menyusun langkah, mengintip-intip ruang tersepit untuk menyondolkan yang terperosok, diangkat sebab itu sukar bagi masyarakat meyakini besi-besi buruk yang telah dilupuskan dikutip semula kemudian dicampak di ‘far far away’ untuk dijadikan bahan bukti MH370 kedajalan terperosok, diangkat sebagai bahan bukti ilusi-ilusi kedajalan abad ke-21.


Ada tiga (3) cara atau kaedah untuk memperkukuhkan UMNO sebelum kapal yang sedang bergoyang-goyang itu menjadi senget atau berterusan sengetnya dan kemudian jika terlambat akan tenggalam secara sistematik, iaitu:

Pertama: Memujuk kembali Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menjadi rakan Barisan Nasional.

Kedua: Memujuk Parti Tindakan Demokratik (DAP) menjadi rakan Barisan Nasional.

Ketiga: Memecah belahkan DAP/PKR (Parti Keadilan Rakyat) bersama sekutunya bagi menghadapi PAS yang mendapat sokongan tulin (solid) dari akar umbi, termasuk pendokong-pendokongnya daripada kalangan kaum Tiounghua dan kaum Tamil.


Jika UMNO tersilap langkah dalam percaturan terkini, duit yang berbilion pun sudah tidak bernilai lagi dan jin-jin yang menyedut duit-duit amanah bangsa dapat dikekang. Maka tidak mustahil UMNO diisytiharkan muflis. Mohon ambil perhatian.

Walau apapun congakannya, PAS adalah menjadi penentu percaturan politik antara puak-puak dalam UMNO termasuk DAP dan PKR. ‘Tulah memunkiri janji’ ketika berikrar bersama PAS. Itulah realiti politik Malaysia. Manusia yang tidak menghormati orang-orang yang telus akan ada sahaja yang menimpa mereka. Pada ketika ketidak tentuan pemerintah, maka jika PAS bersikap agresif maka ruang kekosongan tersebut sedang ternganga dengan mudah melambai-lambai kepadanya. YANG pastinya barisan pemudanya mesti bersikap agresif.

Istimewanya PAS, ia selalu lulus ujian (bahasa orang putihnya PASS ertinya lulus).

Barangsiapa mencederakan PAS maka mereka itu akan tercedera bertimpa-timpa. Ia adalah janji yang benar.

Termasuklah jangan mengulangi kem tentera dirompak dalam tempoh 5 minit selori senjata canggih dilarikan dan Pengganasan Lahad Datu mencungkil hati prajurit negara tersayang kemudian dibiarkan sengaja terdedah atau didedahkan di atas jambatan buruk. Lakunan-lakunan kedajalan itu tolong hentikan. MH370 melambai-lambai Amerika Syarikat. Bebaskan 298 orang itu.


----------------------


Sunday, 20 October 2013
SENARAI PENUH AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO 2013 - 2016

Berikut senarai penuh Majlis Tertinggi (MT) UMNO bagi penggal 2013 - 2016


Pengerusi Tetap

1.Tan Sri Dato’ Paduka Hj. Badruddin Bin Amiruldin


Timbalan Pengerusi Tetap

1. Datuk Hj. Mohamed Bin Hj. Aziz


Presiden

1. Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak


Timbalan Presiden

1. Tan Sri Dato’ Muhyiddin Bin Mohd Yassin


Naib Presiden

1. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
2. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
3. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein


Ketua Pergerakan Wanita

1. Dato’ Seri Shahrizat Binti Abdul Jalil


Ketua Pergerakan Pemuda

1. Khairy Jamaluddin


Ketua Pergerakan Puteri

1. Mas Ermieyati Samsudin


Ahli Majlis Tertinggi

1. Datuk Seri Mustapa Mohamed

2. Datuk Seri Jamil Khir Baharom

3. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

4. Datuk Seri Idris Jusoh

5. Datuk Seri Idris Haron

6. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

7. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim

8. Datuk Abdul Rahman Dahlan

9. Datuk Hasan Malek

10. Datuk Seri Shahidan Kassim

11. Datuk Seri Mohamad Hasan

12. Datuk Seri Jamaludin Mohd Jarjis

13. Datuk Razali Ibrahim

14. Datuk Seri Mahdzir Khalid

15. Tan Sri Annuar Musa

16. Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin

17. Dr. Mohd Puad Zarkashi

18. Datuk Tajuddin Abdul Rahman

19. Datuk Seri Azalina Othman Said

20. Datuk Abd Latiff Ahmad

21. Datuk Shamsul Anuar Nasarah

22. Datuk Ab Aziz Kaprawi

23. Datuk Bung Moktar Radin

24. Datuk Reezal Merican Naina Merican

25. Datuk Sohaimi Shahadan

  












No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”