NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Saturday, 1 August 2015

PESAWAT BESI KARAT DITEMUI




Dunia ini amat indah seindah kehidupan keduniaan. 

Keindahannya itu kerana Allah Taala sebagai Tuhan Pencipta yang tiada berjisim, tiada beranak dan tidak diperanakkan. 

Ia Esa, berdiri dengan sendirinya. 

Jika Dia ingin mencipta sesuatu hanya dengan ungkapan ‘kun faya kun’.

Berbeza dengan para panglipur lara, mereka mempunyai pelbagai teori dengan mereka-reka cerita:




  1. Cerita benar menjadi cerita kartun.
  2. Cerita kartun menjadi cerita benar.
  3. Cerita benar ditokoh tambah kebenaran ceritanya.
  4. Cerita kartun dilebih-lebihkan kekartunan ceritanya.
  5. Cerita benar dan kartun bercampur baur ceritanya supaya menjadi cerita benar.
  6. Cerita kartun dan benar bercampur baur dengan cerita benar  dipertunjukkan penceritaannya supaya ia menjadi cerita benar.
  7. Cerita di atas cerita mengkartunkan cerita-ceritanya.

Maka perkara-perkara yang benar menjadi bahan jenaka atau tidak benar kerana bercampur baur cerita-ceriatnya sebagaimana perkara-perkara yang halal bercampur baur dengan perkara-perkara najis.

Akhirnya semua cerita-ceritanya itu disogokkan juga sebagai suatu cerita benar dipaksakan kepada umum dalam ilusi-ilusi kedajalan kerana Muhyiddin Yassin dipecat daripada jawatan TPM dan lima menteri lain serta Peguam Negara diberhentikan daripada jawatannya lebih awal dengan alasan kesihatan walaupun Peguam Negara sendiri terpinga-pinga dan hanya mengetahui pemakluman itu secara singkat. Puncanya kerana orang-orang yang beriman mengetahui persekongkolan kedajalan.

Jika ada kesempatan besi-besi karat yang ditemui itu wajar dijadikan khazanah-khazanah barangan antik dan dilelong dengan harga-harga  tinggi melangit sebagaimana 1MDB keuntungannya tingi melangit.

Besi-besi karat itu boleh dijadikan barangan perhiasan, kunci, loket atau pelbagai reka bentuk lagi dalam ilusi-ilusi kedajalan supaya terpampang dalam bisikan-bisikan kehidupan.  Subhanallah.

Kita mohon kepada Allah Taala mengampuni dosa-dosa kita yang lalu dan akan datang serta menjadikan kita seorang muslim yang beriman, digolongkan di antara mereka yang mengerjakan amar makruf dan mencegah daripada perkara-perkara yang mungkar serta beriman kepada Allah Taala.

Sesungguhnya yang benar itu benar dan yang batil itu tetap batil.

Allahu Akhbar.















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”