James Hardy yang dicatatkan di
halaman ini adalah antara nama-nama panglipur lara yang menceritakan scenario MH370 terperosok
yang membentangkan keilmuannya menurut perspektif yang difahami olehnya tetapi
tidak diketahui oleh insan mulia. Moga-moga pandangan James Hardy itu bukan
ilusi-ilusi kehidupan bersama pahatan MH370 yang terperosok dalam akal geliga
menjadi dungu.
-------------------------------
Serpihan MH370
di Maldives ?
11 Ogos 2015 1:27 AM
MALE 10 Ogos - Serpihan
berkemungkinan milik pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 ditemukan di lokasi
terbaharu iaitu Maldives yang terletak kira-kira 3,218 kilometer dari Pulau
Reunion, lokasi penemuan flaperon atau bahagian sayap jet Boeing 777 yang
hilang secara misteri pada Mac tahun lalu.
Portal Mirror.co.uk melaporkan,
penduduk Maldives menemukan
serpihan-serpihan aneh termasuk objek yang mempunyai kesan terbakar menyerupai
serpihan pesawat itu terdampar di empat buah kepulauan Maldives sejak
dua bulan lalu.
Semua serpihan yang ditemukan itu
kini dikaitkan dengan penerbangan MH370 selepas penyiasat mengesahkan bahagian
sayap jet yang ditemukan di Pulau Reunion ,
baru-baru ini adalah dari kapal terbang tersebut.
Seorang penduduk Maldives ,
Mohamed Wafir, memuatnaik gambar asal objek yang mempunyai kesan terbakar ke
akaun Facebook miliknya sambil mendakwa serpihan berkenaan ditemukan pada 31
Mei lalu.
Menurut portal berita tempatan
Haveeru, objek pertama ditemukan bulan lalu di pusat peranginan Banyan Tree di
Pulau Vabbinfaru apabila pekerja resort mendakwa serpihan menyerupai jet
ditemukan di pantai North Male Atoll.
Tidak lama selepas itu, dua buah
pulau lagi di Baa Atoll dan di Noonu Atoll membuat dakwaan serupa yang kini
masih disiasat.
Gambar serpihan logam yang
ditemukan di Banyan Tree di Pulau Vabbinfaru itu dikaitkan dengan bahagian
sayap jet Boeing 777 yang ditemukan terdampar di Pulau Reunion bulan lalu
kira-kira 3,218 kilometer dari kawasan berkenaan.
Seorang pekerja syarikat
penerbangan, James Hardy berkata, penemuan objek yang berpotensi daripada
penerbangan MH370 mengubah segala-galanya tentang siasatan pesawat berkenaan.
“Saya dan rakan-rakan saya yang
bekerja dalam bidang penerbangan, apabila melihat gambar-gambar itu, saya
percaya semua objek berkenaan adalah daripada serpihan pesawat kerana struktur
menyerupai sarang lebah pada objek tersebut.
“Jika jet itu terbang rendah dan
perlahan, pesawat itu mempunyai cukup minyak untuk sampai ke Maldives ,” kata
Hardy.
Sementara itu, antara serpihan
yang dibawa kepada pihak berkuasa berwarna merah dan mempunyai huruf IC namun
bahagian selebihnya huruf atau nombor itu telah hilang.
Polis Maldives dilapor telah memindahkan
objek itu untuk siasatan lanjut.
No comments:
Post a Comment