Ibu-ibu yang keazamannya mengatasi
kehendak-kehendak nafsu, perasaan dan tindakan-tindakan bagi membina
pertumbuhan-pertumbuhan sihat zuriat-zuriat mereka yang sifatnya diberkati
sepanjang kehidupan.
Puncanya kerana menjadikan Islam sebagai panduan hidup.
Puncanya kerana menjadikan Islam sebagai panduan hidup.
Mereka pula tidak takut dengan celaan
orang-orang yang mencela.
Anak-anak yang didoakan oleh
ibu-ibu tersebut sentiasa berada dalam pengawasan para malaikat dan dipayungi
dengan rahmat Allah Taala. Mereka juga senentiasa didoakan oleh makhluk-makhluk
di langit dan di bumi.
Tindakan-tindakan, ikrar dan
sifat-sifat mereka meyakinkan masyarakat yang melihatnya.
Zuriat-zuriat yang diberkati itu
pula kadang-kadang tergelincir daripada landasannya sebagaimana kadang-kadang
keretapi tergelincir daripada landasannya. Mereka pula bukan sahaja tergelincir
tetapi kadang-kadang terjebak terperosok dalam bisikan-bisikan kedajalan. Akibatnya
golongan dajal berkomplot merentas sempadan melambai-lambai mereka dan
membisik-bisikan kaedah terbaik menyedut sedut duit-duit amanah bangsa.
Zuriat-zuriat itu pula dibisik-bisik dan disentuh lembut dalam bilik makmal menyegarkan
dan kawasan-kawasan terpancil.
Golongan kedajalan akan mengugut,
merayu, memohon simpati, menanam bisikan-bisikan mengasyikkan dengan
menutup-nutup persekongkolan kedajalan dengan duit-duit upah daripada satu sen
ditambah dengan satu sen lagi supaya menjadi dua sen. Kadang-kadang upahnya
dilipatgandakan bersen-sen supaya bisikan-bisikan akal terpaut padanya. Maka,
bisikan-bisikan terpahat kepada akal dan perasaan anak-anak itu akibat
bisikan-bisikan yang mendodoi-dodoi oleh kedajalan itu menghijabkan doa-doa
ibu-ibu yang diberkati itu.
Zuriat-zuriat yang dilahirkan
oleh ibu-ibu diberkati itu sukar dikenalpasti doa-doa ibu-ibu kepada
zuriat-zuriat mereka itu, sama ada:
- Diberkati lagi.
- Tertangguh hembusannya.
- Terawang-awang doa-doanya.
- Tunggu ajal keputusannya.
No comments:
Post a Comment