NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Wednesday 4 March 2015

KEBENARAN, MEMBUNUH KEDAJALAN BERUBAH-UBAH KEBATILANNYA



Apakah kebenaran boleh diubah-ubah menjadi kebatilan? Ataukah perkara-perkara kebatilan diumpan dibenarkan dengan mengemukakan: Delarasi Chicago atau membentangkan ‘Sinopsis Tesis: Deklarasi Chicago Nahas MH370’, dengan merujuk nasihat Amerika Syarikat? Ataukah ia kerja-kerja golongan mengganggur kerana akal dan tindakan-tindakannya tidak disibukkan dengan kerja-kerja amal kebajikan, memikirkan meningkatkan taraf hidup masyarakat awam, merancang meneroka peluang-peluang rezeki yang terbentang luas dan mencari rezeki halal walaupun kais pagi makan pagi kais petang makan petang? Ataukah banyak membuncitkan perut-perut dengan duit-duit haram, subahat dan mendajal?

Ataukah peringatan Allah s.w.t. belum sampai kepada mereka supaya jangan bersekongkol dengan dajal seperti yang dirakamkan dalam Al-Quran, surah al-mu’minuun ayat 115-118:


A115
A116
A117
A118


"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"

Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia.

Dan sesiapa yang menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir tidak akan berjaya.

Dan berdoalah (wahai Muhammad dengan berkata): "Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!"


Menurut iman As-syafie:

“Jika anda tidak menyibukkan diri anda dengan kebenaran maka ia akan menyibukkan anda dengan kebatilan.”


Menurut Dr. Muhammad al-Ghazali:

“Kalau pekerjaan itu misi orang-orang yang hidup, maka orang-orang yang mengganggur itu adalah orang-orang mati.”
Kalau dunia kita sekarang ini merupakan waktu menanam untuk kehidupan masa hadapan, maka mereka yang mengganggur itu adalah lebih patut disebut sebagi manusia yang langsung ketiadaan ladang.”


Menurut Dale Carnegie:

“Kita tidak akan merasakan kecemasan pada waktu kita sibuk bekerja, namun waktu terluang itu merupakan saat-saat yang sangat berbahaya.
Mengapa kesibukan bekerja dapat mengusir kecemasan dari dalam diri kita? Sebabnya adalah salah satu hukum dasar yang berjaya diungkapkan oleh ilmu jiwa, yang berbunyi: Suatu perkara yang sangat mustahak bagi otak manusia betapa pandainya pun ia untuk memikirkan lebih dari satu perkara pada waktu bersamaan.”


Oleh itu, berusahalah menyesuaikan diri dengan bersegera kearah usaha-usaha kebaikan, kebajikan, kehidupan yang teratur, walaupun terdapat kontra diri dirampas oleh fikiran-fikiran yang bercambak duit-duit dalam fikiran, diputar dalam pusaran kebohongan dan senda gurau sehingga terperangkap oleh belenggu-belenggu yang membelit tetapi yang penting melakukan perancangan untuk mengisi waktu-waktu yang tersisa, tidak memberi ruang kepada syaitan-syaitan bertopengkan manusia menembusinya dengan bisikan-bisikan yang menyesatkan.

Penganggur-penggangur dari kalangan orang fakir miskin yang berlaku adalah pengabaian terhadap kekuatan-kekuatan terpendam yang terbentang di hadapan, maka tidak menakjubkan jika pejuang-pejuang Daulah Islamiyah dapat memanfaatkan penggangguran yang bertebaran di seluruh alam untuk kesuburan umat ini kerana tenaga empat kerat; otot-otot, urat-urat saraf, hati, fikiran dan perasaan jika di singsing sebenar-benarnya akan mampu mengubah wajah dunia dan tidak mustahil Amerika Syarikat mula menunjukkan kemerudumannya.

Maka tanpa bekerja sebenarnya akan menghancurkan ribu keperluan manusia dari anugerah Allah s.w.t.  yang tersembunyi disebalik tumbuhan kehinaan dan kerendahan maruah.

Sesungguhnya kebenaran yang dihasilkan oleh potensi diri itu, dengan mudah memusnahkan kebatilan yang diperalatkan oleh golongan jin-jin.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”