NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Friday 27 March 2015

PESAWAT AWAM DALAM BAHAYA



Penyiasatan tragedi pesawat penerbangan 4U 9525 Airbus A320 yang dikendalikan oleh Perancis membuat kesimpulan bahawa pesawat milik Germanwings itu telah mengalami kecelakaan akibat tindakan pembantu juruterbang pesawat yang menyendiri di kokpit dengan mengunci dari dalam.

Barangkali ia melakukan meditasi di dalam. Ia suatu tindakan yang memerlukan analisis  secara konkrit.

Merujuk kepada senario yang berlaku itu, seperti ada makhluk yang bertopengkan manusia tetapi berperangai dajal melakukan kecelakan kepada pesawat-pesawat awan di pelbagai tempat. 

Penumpang-penumpangnya pula tidak menyedari perlakuan-perlakuan tersebut kerana dajal merancang tragedinya. Bukan sahaja penumpang-penumpangnya tidak menyedari tetapi waris-waris yang menghantar dan menunggu-nunggu di lapangan terbang langsung tidak mengetahuinya.

Rentetan daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku itu seperti pesawat penerbangan 4U 9525, MH17 dan MH370, memberi petunjuk bahawa dajal berperanan di sana.  Buktinya; 4U 9525 pintu kokpit ditutup dari dalam, MH17 ditembak oleh pesawat MIG-29 oleh Ukraine dan MH370 disorok diperosokkan di selatan Lautan Hindi di kawasan yang paling dalam sehingga jin-jin kabur melihatnya. Germanwings 4U 9525 cepat ditemui, MH370 kabur mendajal. Kesian dajal-dajal buta dalam kecelikan.

Barangkali kemalangan-kemalangan yang berlaku itu ada isyarat-isyarat kerana doa-doa orang yang teraniaya dalam MH370 sedang berligar-ligar bermunajat kepada Tuhan supaya dikenakan bala kepada dajal-dajal yang menyeksa kebebasan mereka  untuk terus hidup bersama keluarga.

Amerika Syarikat wajar membantu mencari dajal yang membawa lari MH370 menyembunyikannya. Jika Amerika Syarikat enggan membantu, doa-doa mereka yang teraniaya itu akan menghalang dan menahan kemenangan kepada Amerika Syarikat melakukan provokosi di Iraq, Syria, Ukraine dan kini di Yaman. Semakin lama Amerika Syarikat menyeksa jiwa penumpang-penumpang MH370 semakin mempercepatkan kekalahan Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat mesti ingat bahawa Yaman telah mula bangkit melakukan penentangan apabila Amerika Syarikat bersama sekutunya, Arab Saudi menyerang Yaman, suatu peperangan yang tidak diisytiharkan.

Amerika Syarikat juga bersungguh-sungguh membantu tentera Haidar di Tikrit, Iraq dengan mengebom Tikrit dari udara. Sampai suatu peringkat Amerika Syarikat akan terkepong kerana ilusi-ilusi kedajalan.

Sampai saatnya pejuang-pejuang akan sampai di Baghdad, Ukraine akan melambai-lambai, Israel dihidu oleh pejuang-pejuang dan Libya terus dicengkam.

Akhirnya, apabila Amerika Syarikat tidak menggambil peduli tentang MH370, membiarkan MH17 lambat diselesaikan sedangkan Germanwings 4U 9525 beberapa hari sahaja dapat dikenal pasti masalah teknikalnya walaupun pihak penyiasat seolah-olah menyalahkan pembantu juruterbang punca segala-galanya. Biar bersikap telus. Jujurlah kepada Tuhan.

Awas! Jangan sampai ada lagi pesawat awam menjadi mangsa kerakusan dajal kerana Amerika Syarikat melarikan diri dari tanggungjawabnya melakukan kerja-kerja amal kebajikan membantu menyelesaikan MH370 dan MH17.

Hiduplah secara telus jangan mereka-reka cerita.










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”