NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Friday 13 March 2015

LAMBANG SEBAGAI JATI DIRI



Lambang adalah pengenalan diri untuk menjelaskan sesuatu maksud kepada umum. Melalui lambang-lambang atau simbol-simbol itu ia memudahkan orang awam mengenali mereka atau sebagai suatu pernyataan bahawa lambang itu adalah  mereka. 

Perlambangan itu pula akan dipegang teguh dengan ikrar-ikrar yang telah dilafazkan untuk menjunjung kalimah-kalimah suci menjulang martabat umat. 

Mereka tetap menjunjung ikrar-ikrar yang telah dilafazkan itu sebagai seorang insan yang bergelar manusia, makhluk yang dicipta oleh Allah s.w.t.. Setelah akil baligh, seruan-seruan kearah hikmah dan keharmonian itu terbeban kepadanya sebagai pembawa amanah dan rahmat kepada semua manusia dan alam. Kerana ia adalah janji yang benar.

Lambang Amerika Syarikat dikenali melalui benderanya berjalur tiga belas menandakan bahawa tiga belas koloni semasa penubuhannya dan 50 bintang menunjukkan bahawa Amerika Syarikat dibentuk melalui persefahaman  50 buah negeri-negeri  bersekutu membentuk gabungan negara Amerika Syarikat.

Lambang Malaysia pula mempunyai  bendera dikenali sebagai Jalur Gemilang. Jalur Gemilang ada  14 jalur menandakan bahawa ada 13 negeri dan sebuah kerajaan pusat. Bintang pecah 14 pula menunjukkan bahawa ada 13 negeri dan sebuah persekutuan yang rakyatnya berpadu akrab, setia kepada negara dan mengelar diri mereka sebagai rakyat Malaysia. Anak bulan tandanya Islam sebagai agama rasmi negara.  Warna kuning pada anak bulan dan bintang pecah itu adalah warna diraja kepada sultan-sultan di negeri-negeri yang bersultan dan Yang Dipertuan Negeri  yang dilantik oleh  Yang DiPertuan Agung bagi negeri-negeri yang tiada sultan.

Lambang Daulah Khilafah Islamiyah menggunakan lambang bendera hitam putih dengan tulisan Arab. Tulisan dibahagian atas itu adalah kalimah tauhid: ‘Laa Ilaahah illallah’, maksudnya: Tiada tuhan yang disembah kecuali Allah s.w.t.. Bulatan dibawah kalimah tauhid itu adalah perkataan Arab. Apabila dibaca dari atas ke bawah maksudnya: Allah, Rasul, Muhammad. Tetapi sewajarnya hendaklah di baca dari bawah ke atas, maksudnya: Muhammad, Rasul, Allah. Apabila dicantumkan bacaan kalimah Arab itu ketika dibaca, maka akan berbunyilah kalimat thaiyybah itu:   ‘Laa Ilaahah illallah Muhammaddur Rasulullah’, maksudnya: Tiada Tuhan yang disembah kecuali Allah dan sesungguhnya Nabi Muhammad itu Rasulullah'.

Daulah Khalifah atau Khilafah Daulah Islamiyah menggunakan lambang tulisan memanjang di atas sebagai kalimah thaiyybah yang dibaca serentak dengan tulisan dalam bulatan. Tulisan pada bulatan di bawah kalimah tauhid itu mengambil sempena cop mohor Rasulullah s.a.w. dari cincin Baginda s.a.w.

Sesungguhnya lambang-lambang, simbol-simbol atau apa sahaja yang membawa maksud tersendiri adalah pengenalan diri kepada pembawanya.

Oleh itu perlambangan-perlambangan tersebut akan diabadikan selama-lamanya kecuali jika berlaku perubahan-perubahan ke atasnya sebagaimana seorang muslim akan menjadi seorang muslim beriman, memegang teguh agamanya sehinga hari kiamat. Orang-orang beriman tidak akan berkomplot melakukan kedajalan dan menyorok MH370 termasuk menjadi penampan-penampan kepada golongan dajal.

Allahu Akhbar.

Persoalanya, benarkah lambang-lambang itu sebagai jati diri kepada pembawanya?































  



  


  





  



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”