NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Monday 23 March 2015

MURSYIDUL AM PAS ‘TANAM’ DAP, PKR HIDUP-HIDUP



Mursyidul Am PAS ‘tanam’ DAP, PKR hidup-hidup
March 20, 2015 Berita Utama, Utama 0
haron din

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI 19 Mac – DAP dan PKR hari ini ‘ditanam hidup-hidup’ apabila Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menegaskan bahawa parti itu meletakkan perjuangan menegakkan hukuman hudud sebagai ketetapan yang jauh lebih penting daripada kerjasama dalam pakatan pembangkang.

Penegasan Haron Din yang menyandang antara jawatan tertinggi dalam PAS itu merupakan satu tamparan hebat kepada DAP dan PKR yang sejak kebelakangan ini sering memberi amaran dan kata dua kepada PAS berhubung pembentangan undang-undang hudud oleh Kerajaan PAS Kelantan.

Mursyidul Am merupakan jawatan tertinggi dalam PAS iaitu menjadi ketua kepada Majlis Syura Ulama, berbeza dengan jawatan Presiden yang mengetuai Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Suara Mursyidul Am kerap kali menjadi kata pemutus berkaitan sesuatu isu dan masalah yang dihadapi oleh parti itu.

“PAS tidak akan berganjak daripada prinsip asal perjuangannya,” tegas Haron Din sebagaimana dilaporkan akhbar Utusan Malaysia, hari ini.

Menurut beliau, agenda hukum hudud sudah sebati dengan PAS dan parti itu akan tetap meneruskannya walaupun mendapat tentangan daripada sekutunya dalam pakatan pembangkang.

“Seluruh ahli PAS terutamanya para pemimpin menyedari bahawa pada satu ketika akan berlaku pertembungan di antara PAS yang hendak menegakkan prinsipnya dengan rakan-rakan kongsinya yang mungkin beralah lalu menyokong atau berkeras menentang.isma-slv-front-23

“Kalau PAS teragak-agak atau lebih mementingkan sekutunya yang menentang atau terlampau sayang dengan pakatan sehingga sanggup mengorbankan prinsipnya, maka PAS tidak akan membentangkan rang pindaan hukum hudud yang sedang berlaku di Kelantan.

“PAS telah menyatakan kesungguhannya, PAS tidak bercakap sahaja, PAS melaksanakannya, PAS lebih mengutamakan hukum Allah lebih daripada hukum manusia,” katanya kepada akhbar itu, hari ini.

Hubungan antara PAS dengan DAP kini semakin tegang selepas Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke mendakwa PAS menikam DAP dari belakang apabila tidak menghiraukan amaran untuk tidak membentangkan pindaan enakmen itu dalam sidang DUN Kelantan.

Haron Din , PAS tidak pernah membelakangkan DAP mahupun PKR kerana perjuangan PAS menegakkan hukum hudud telah diterangkan berulang kali sehingga seluruh dunia mengetahui mengenainya.

“Kalau perbuatan (membentangkan enakmen) itu dikatakan tikam belakang, kenapa tidak kata tikam hadapan sahaja, kita sudah beritahu dan terangkan berulang-ulang kali sampai masyarakat pun muak, PAS bukan sahaja beritahu DAP tetapi telah beritahu seluruh Malaysia dan seluruh dunia,” katanya.

Ketika ditanya sama ada keputusan PAS melaksanakan hukuman hudud akan menjejaskan undi daripada bukan Islam, Haron Din berkata, PAS lebih bimbangkan kemurkaan Allah daripada bimbang tidak mendapat sokongan manusia.

“Dengan lain perkataan, PAS lebih mengharapkan bantuan Allah daripada bantuan manusia,” katanya.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”