NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Thursday 26 March 2015

NASIHAT DISANGGAH AKIBAT BISIKAN MENGKHAYALKAN RAKAN



Ibu bapa berpesan kepada anak-anaknya apabila besar nanti menjadilah seorang pembela Islam. Anak-anak yang masih kecil itu hanya mendiamkan diri, mendengar sahaja. Tetapi ia tetap diingatkan sebagaimana Al-Quran dan As-Sunnah mengingatkan umat Islam setiap detik. Ibu bapa berterusan membimbing anak-anaknya sehingga dewasa walaupun dalam tempoh tersebut terpaksa bergolok-bergandai demi untuk kejayaan anak-anaknya. Mereka kurang mengeluh tentang masalah-masalah kehidupan pembesaran anak-anaknya.

Tetapi anak-anak kurang merasakan kehebatan ibu bapa mereka kerana ia membesar dengan pengorbanan yang dibawa oleh mereka tanpa memberi perincian asam garam dan pahit maung yang diharungi bersama semasa tempoh pembesaran anak-anaknya sehinggalah mereka menjadi dewasa.

Kadang-kadang ibu bapa tersebut mengharungi kehidupan bersama adik-beradiknya membesar bersama, dengan pembesaran dan didikan daripada ibu bapa supaya anak-anak membesar berkasih sayang, bermuafakat dan memegang erat Islam seperti menggenggam bara api.

Demikian juga sanak-saudara dan rakan-rakan anak-anak sebaya diberi pesanan oleh orang tua-tua akan nasihat yang berharga itu.

Termasuk juga, suami isteri sebelum diijabkabulkan dinasihatkan dan didoakan supaya jodoh mereka berkekalan dan dirahmati sepanjang kehidupan seperti: ‘Islam membawa rahmat kepada semua’.

Walau bagaimanapun, kadang-kadang manusia merancang tetapi perancang Allah s.w.t. lagi hebat. Al-Quran menjelaskan dalam surah Ali Imran ayat 54:


 A054


“Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya.”


Kenapakah anak-anak tersebut melupai nasihat ibu bapa mereka? Dimanakah silapnya nasihat-nasihat tersebut?

Nasihat-nasihat tersebut sebenarnya masih mengakar dalam fikiran anak-anak, cumanya bisikan-bisikan mengkhayalkan terpasak dalam akal mereka oleh angka-angka, percambahan-percambahan minda dan pembentangan-pembentangan perancangan yang dipautkan kepada asas mendatangkan keuntungan tetapi masih merangka dalam percaturan mencari peluang-peluang bersaing dalam dunia perniagaan yang digenggam erat oleh pihak lain.

Akhirnya bisikan-bisikan mengkhayalkan dicengkam oleh proksi-proksi yang memberi keuntungan kepada dirinya dan mensedekahkan “keuntungan” melalui persetujuan oleh rakan-rakan perniagaan yang berpakat kerana ketawadukannya diambil kesempatan oleh rakan-rakan yang beranggapan kelibat-kelibat mereka tidak difahami. Ketawadukan ibu bapa itu dapat melihat secara tepat pembesaran anak-anaknya terutama dibawa pengawasan ibu bapa tersebut.

Sesungguhnya tindakan Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang adalah benar dalam menyentuh kepentingan Islam dan masyarakat sejagat. Allah s.w.t. dan orang-orang beriman meredhainya sebagaimana Tuan Guru meredhai mereka.


1 comment:

  1. Saya ingin berkongsi kesaksian mengenai bagaimana perkhidmatan pendanaan Le_Meridian membantu saya dengan pinjaman sebanyak 2,000,000.00 USD untuk membiayai projek ladang ganja saya, saya sangat berterima kasih dan saya berjanji untuk berkongsi syarikat pembiayaan ini kepada sesiapa yang mencari jalan untuk mengembangkan perniagaannya project.the syarikat adalah syarikat pembiayaan. Sesiapa yang mencari sokongan kewangan perlu menghubungi mereka di lfdsloans@outlook.com Atau lfdsloans@lemeridianfds.com Encik Benjamin juga pada WhatsApp 1-989-394-3740 untuk membuat perkara mudah bagi mana-mana pemohon.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”