NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Thursday 19 March 2015

RANTAIAN PERJUANGAN BERKESINAMBUNGAN



Allah s.w.t. memberi ilham kepada individu-ibndividu yang ikhlas, prihatin kepada kehidupan, membina keharmonian, menyahut keluhan-keluhan masyarakat teraniaya lantas menanamkan di dalam akal dan perasaan mereka sifat-sifat kenabian mengakar sepanjang kehidupan yang tidak putus-putus sepanjang zaman yang generasinya silih berganti.

Sifat-sifat tersebut berantaian sehingga akhir kehidupan kerana Nabi Muhammad s.a.w. mengingatkan melalui al-Quran, surah Ali-Imran ayat 102-106:



A102
A103
A104
A105
A106



“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar.

(Ingatlah akan) hari (kiamat yang padanya) ada muka (orang-orang) menjadi putih berseri, dan ada muka (orang-orang) menjadi hitam legam. Adapun orang-orang yang telah hitam legam mukanya, (mereka akan ditanya secara menempelak): "Patutkah kamu kufur ingkar sesudah kamu beriman? Oleh itu rasalah azab seksa neraka disebabkan kekufuran kamu itu."


Pelopor-pelopor sifat-sifat kenabian itu yang memegang konsep ‘amar maaruf nahi munkar’ berkekalan di muka bumi sama ada ia dipelopori oleh orang-orang Amerika, Eropah, Asia , Timur Tengah atau di mana-mana sahaja yang pentuing mereka adalah golongan yang mengikuti pengajaran Nabi Muhammad s.a.w..

Mereka pula akan kekal berdakwah di kawasan masing-masing mengajak manusia kepada roh-roh kesucian dengan menyembah Allah s.w.t. dan menyingkirkan kesyirikan yang penuh dengan kesesatan.

Mereka akan mempelopori keharmonian-keharmonian wilayah, negeri atau negara masing-masing kerana ia saling berinteraksi antara pembawa kebenaran dengan masyarakat yang mengimpikan keharmonian. Mereka memahami kawasan dan suasana budaya setempat kerana Nabi s.a.w. mengingatkan bahawa kamu lebih memahami budaya setempat dan suasana semasa berbanding dengan mereka yang berada di kawasan lain.

Hiduplah sebagai manusia jangan mendajal.

Allahu Akhbar





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”