PAS The Real King Maker In
Malaysian Politics - Alang Ibn Shukrimun
11:55 PM
1 Comments A+ a-
PAS THE REAL KING MAKER IN MALAYSIAN POLITICS
Semenjak PAS ditubuhkan pada
tahun 1951, PAS terus gagah sebagai sebuah parti yang bukan sahaja berjaya
mencorak landskap politik Malaysia ,
bahkan turut mencorakkan budaya masyarakat Malaysia . Berkaitan perkara ini,
Erical Miller dari Tufts
University dalam
kajiannya Democratic Islamist; A Case Study of the Pan Malaysia Islamic Party
menyimpulkan:
"PAS sebuah organisasi yang rencam, sebuah parti politik
sophisticated yang berkembang untuk menghadapi cabaran-cabaran baru dan berjaya
dalam 'permainan demokrasi'. Ia telah berjaya melakukan kesemua ini bukan
dengan menang besar dalam pilihanraya, tetapi dengan berterusan menjadi kuasa pendesak
selama lebih 50 tahun walaupun menghadapi tekanan sebagai sebuah parti
pembangkang dalam demokrasi tempang di Malaysia."
Kesimpulan yang diberikan Miller
cukup jelas menunjukkan pendirian dan kegiatan PAS yang konsisten telah
meletakkan PAS sebagai satu parti yang cukup berpengaruh dalam mencorak
halatuju politik Malaysia .
Malah seorang strategis MCA, Fui K. Soong dalam The Star pernah menyebut
"PAS the Real Kingmaker in Malaysian Politics."
PAS sejak awal penubuhan telah
memperkenalkan tema-tema perjuangan seperti 'Negara Islam', Kedaulatan syariah,
Pembasmian Munkar, Keadilan Ekonomi Islam dan lain-lain. Kini tema-tema ini
telah mempengaruhi dasar dan kegiatan negara dan telah diterima ramau meskipun
dulunya sangat asing bagi mereka.
Di samping itu, peranan PAS
memimpin isu-isu rakyat pelbagai peringkat turut membantu menaikkan PAS sebagai
sebuah harapan alternatif kepada kerajaan sedia ada. Sikapnya profesional yang
bukan sekadar mengkritik tetapi turut mengemukakan penyelesaian amat menarik hati
rakyat secara berterusan untuk menaruh keyakinan kepada parti ini.
Perkara ini dinyatakan bukan
untuk dijadikan kebanggaan, tetapi untuk menunjukkan PAS berada di landasan
yang benar tentang penyertaannya dalam politik Malaysia . Semua ini mendidik kita supaya
terus beristiqamah dengan perjuangan asas parti sejak dari dulu.
Maka PAS perlu terus menumpukan
agenda penerangan Islam dan istiqamah dengan dasar dan prinsip Islamnya.
Tentangan akan terus datang tetapi selari dengan itu, ruang-ruang baru dakwah sedang
terus terbuka bagi mempersada Islam secara progresif dan berperingkat dalam
negara saban hari.
Hari ini juga ramai telah
mengakui kekuatan PAS dalam mendepani konflik politik yang ada. Walau berbagai
pihak cuba menguasai
landskap politik Malaysia dek
kelemahan pemerintah, realiti telah menunjukkan PAS masih utuh sebagai parti
teras alternatif kepada negara Malaysia .
Ini diakui oleh bekas Menteri
dari Umno, Tan Sri Kadir Syeikh Fadzir dalam Kongres Rakyat dan diulang dalam
himpunan Istiqamah, bahawa tidak ada parti lain yang lebih kukuh dari PAS
ketika ini. Perkara ini turut disokong oleh Bekas Naib Presiden PKR, Mustafa
Kamal, strategis PKR Tian Chua dan lain-lain.
Kita boleh melihat realitinya.
UMNO sedang bergolak teruk di bawah kepimpinan Najib sehingga bekas PM terpaksa
turun padang
lagi dalam menyelamatkan Umno. PKR turut mengalami kecamuk yang dahsayt apabila
25 orang nama kepimpinan mereka tidak bersetuju dengan keputusan Presiden Wan
Azizah menyertai Pakatan Harapan. Tetapi PAS melalui perwakilan seluruh Malaysia
berjaya memperkukuh kepimpinannya pasca Muktamar lepas dalam keadaan yang
sangat dramatik.
Cukup beberapa fakta ini sebagai
pemangkin semangat untuk kita tidak lagi menoleh ke belakang. Tidak perlu lagi
bermain dengan kemuncut-kemuncut kecil yang cuba memperlahankan langkah. Jika
dulu dalam keadaan PAS dilihat lemah dan parti lawan dalam keadaan yang sangat
selesa pun kita masih mampu mencorak politik negara, maka tidak mustahil
seandainya kita terus istiqamah dalam situasi sekarang, PAS mampu meluncur
tenang ke Putrajaya dan mengambil alih kuasa politik Malaysia .
Fastaqim!!
(Alang Ibn Shukrimun)
No comments:
Post a Comment