NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Thursday, 8 October 2015

WIRA-WIRA NEGARA YANG TERABAI



Wira-wira negara yang terabai
Monday, October 05, 2015

  
Baru-baru ini bekas Pesuruhjaya Polis Sabah, Tan Sri Yuen Yuet Leng telah meninggal dunia pada usia 88 tahun. Beliau merupakan salah seorang wira negara kerana terlibat dalam pelbagai operasi menentang pengganas komunis dan turut terlibat dalam membawa mereka kemudiannya ke meja perundingan sehingga termetrainya Perjanjian Damai Hatyai 1989.

Jika mendiang berusia 88 tahun bermakna beliau telah bersara sekitar awal tahun 1980an. Saya membawa perkara ini kerana teringat baru-baru ini bekas Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Khoo Ah See yang juga pernah terlibat dalam operasi bersama Pasukan Polis Hutan (PPH) menentang pengganas kominis sekitar tahun 60an sehingga 80an, ada menulis di ruangan surat pembaca dalam akhbar The Star.

Datuk Khoo dalam suratnya merayu bagi pihak bekas anggotanya dalam pasukan polis khasnya PPH yang pernah banyak berjasa kepada negara dalam tempoh 60-80an apabila menghadapi keganasan pihak PKM. Beliau memohon agar kerajaan memberi perhatian pada kebajikan mereka ini.

Kata Datuk Khoo dengan kegawatan ekonomi hari ini dan kos sara hidup yang meningkat, beliau tidak dapat membayangkan bagaimanakah agaknya keadaan hidup mereka. Kiranya mereka iaitu anggota polis pangkat rendah, bersara sekitar 10 ke 15 tahun dahulu, iaitu tahun  2000-2005, dan pencen mereka adalah 50% gaji pokok terakhir sudah pastilah ianya terlalu kecil untuk hidup hari ini.

Bagaimana pula mereka yang bersara sekitar tahun 1980an sebagaimana mendiang Tan Sri Yuen?

Kata Datuk Khoo yang beliau tahu seorang sub inspektor menerima pencen sekitar RM1400. Cukupkah jumlah itu bagi menampung zaman tua mereka dan isteri pada hari ini? Bagaimana dengan konstabel yang pencen yang sudah tentu lebih rendah lagi jumlah pencennya.

Tambah Datuk Khoo lagi semasa beliau bersama anggotanya dalam PPH menghadapi pengganas komunis dulu, berbagai cabaran telah mereka hadapi di hutan. Ini termasuklah terpaksa menghadapi keadaan pakaian dan kasut yang lembap dan basah semasa di hutan berhari-hari. Kadangkala mereka terpaksa bermalam dalam keadaan demikian apabila situasi memaksa. Keadaan sedemikian dimasa muda sudah pasti menganggu kesihatan mereka di usia yang lanjut kini.

Mereka telah berkorban untuk negara. Tanpa mereka barangkali para pengganas komunis berkemungkinan masih menjadi anacaman buat negara.

Menurut Datuk Khoo beliau pernah berjumpa dengan seorang bekas Sarjan yang berkhidmat dalam unit komando Polis yang sekarang berusia sekitar 70an tahun. Demi mendapatkan rezeki yang lebih sarjan tadi terpaksa bekerja sebagai pemotong rumput ditepi jalan di Ipoh. Adilkah seorang wira terpaksa melakukan demikian di usia 70an tahun?

Wajar sangatlah pihak kerajaan memandang serius nasib wira-wira kita ini khasnya yang telah menggadai dan mengorbankan nyawa demi keselamatan dan kedaulatan negara. Bilangan mereka pun sudah tidak ramai dikalangan kita.

Dalam surat beliau Datuk Khoo mencadangkan agar pencen mereka yang terlibat ini dinaikkan 50%. Apalah sangat kenaikkan kecil ini dibandingkan dengan jasa mereka yang terlalu besar itu.

Mudah-mudahan dalam sidang belanjawan nanti jika perkara ini tidak diberi perhatian, mohon ahli-ahli parlimen kita menyuarakannya. Belalah nasib mereka yang selama ini terabai.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”