Teori penembakan
MH17 didedahkan oleh pihak berkuasa Belanda tanpa menyebutkan kenapa MH17
ditembak, lokasi penembakan dan keuntungan oleh pihak yang menembak. Apakah
manfaat yang diperolehi oleh mereka hasil daripada peristiwa tersebut kepada Amerika, Rusia , Ukraine
dan pemisah Donetsk/Luhansk?
Antara yang jelas
selepas peristiwa tersebut Rusia dikenakan sekatan.
Dalam provokasi
sebelum kejadian penembakan MH17; Amerika bersama proksinya - Ukraine dan
Rusia pula bersama proksinya - pemisah Donetsk/Luhansk.
Tetapi yang penting
sicomel Crimea dalam pelukan Rusia. Sayang
Crimea.
Apabila berlaku
provokasi di antara pihak-pihak yang bersengketa maka perlulah suatu alasan
yang munasabah, kukuh untuk menghukum satu pihak lain. Pelbagai provokasi
dilakukan sama ada secara diplomasi, berebut pembesar suara dan bertumbuk di Parlimen, demontrasi ganas,
rampasan kuasa, pertempuran berdarah dan peperangan kerana sesuatu
pengisytiharan yang tidak disenangi oleh pihak lain yang saling bersengketa.
Jika berterusan
berperang akan menghancur leburkan flora dan fauna dan mengheret nilai-nilai
kemanusia kearah kemusnahan.
Pihak-pihak yang
bersengketa kebiasaannya akan berusaha merebut sesuatu kawasan itu dengan segala sumber yang dimiliki sama ada
melalui pertempuran berskala kecil atau sederhana. Itupun jika sokongan
daripada pihak sekutu melalui proksi dapat menyumbang keperluan termasuk untuk berperang
terutamanya apabila berhadapan dengan proksi-proksi yang diketuai oleh Amerika
dan Rusia.
Jika diperhatikan
daripada teori penaklukan; pihak yang telah menakluki sesuatu kawaasan akan
berusaha mempertahankan kawasan tersebut dengan pelbagi cara, manakala pihak
yang terlepas kawasan-kawasannya yang dirampas akan berusaha pelbagai cara
untuk mengalahkan musuhnya supaya akan kelihatan keburukan musuhnya.
Sebagai contoh:
Di Syria Amerika
bersama proksinya, Rusia bersama proksinya dan pejuang-pejuang Daulah Islamiyah
bersama proksinya. Hebat peperangan di Syria
dan Iraq
itu.
Tentera Bashar
Assad menggunakan racun kimia untuk menyerang musuh-musuhnya selepas itu pemprosesan
kilang/simpanan kimianya telah dimusnahkan.
Pihak Yazidi telah
ditawan oleh musuh dan dikhabarkan wanita-wanitanya dirogol selepas itu
pelbagai bantuan disalurkan kepada mereka termasuk peralatan perang.
Tentera bersekutu diketuai
oleh Amerika menyerang musuh-musuhnya di pelbagai medan dengan kemusnahan yang besar tetapi
musuh-musuh tersebut semakin bertambah hebat.
Penembakan peluru
berpandu oleh kapal perang Rusia sengaja dilencongkan supaya sukar bagi musuhnya
terutama Amerika memahami potensi ketenteraannya.
-------------------------
Astro Awani | Diterbitkan pada Oktober 13, 2015 20:25 MYT
Laporan akhir
sahkan MH17 ditembak BUK buatan Rusia
Siasatan turut
mendapati peluru berpandu itu meletup di luar bahagian kiri kokpit pesawat
berkenaan. - Foto AP
BELANDA: Pasukan
penyiasat antarabangsa merumuskan bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu BUK
buatan Rusia.
Perkara itu
diumumkan Pengerusi Lembaga Keselamatan Belanda, Tjibbe Joustra ketika
membentangkan hasil siasatan tragedi MH17.
Siasatan turut
mendapati peluru berpandu itu meletup di luar bahagian kiri kokpit pesawat
berkenaan.
Pengesahan ini
turut dibuat berdasarkan rakaman mikrofon di dalam kokpit yang mengesan bunyi
letupan misil berkenaan.
Serpihan peluru
berpandu itu ditemui di kawasan nahas dan juga di dalam bangkai pesawat
tersebut.
BUK adalah peluru
berpandu darat ke udara buatan Rusia.
Turut disebut
dalam laporan itu ialah, Ukraine
sedia tahu mengenai risiko di kawasan berkenaan tehadap penerbangan awam.
Bagaimanapun Ukraine gagal
untuk menimbang ancaman yang wujud terhadap penerbangan awam.
MH17 ditembak
jatuh pada 17 Julai 2014 dan mengorbankan kesemua 298 krew dan anak kapal.
Lembaga
Keselamatan Belanda dalam sidang medianya turut memaparkan animasi bagaimana
pesawat itu ditembak.
Terdahulu, sebuah
akhbar Belanda pada Selasa turut melaporkan bahawa penyiasat
antarabangsa telah mendapati pesawat tersebut ditembak jatuh dengan peluru
berpandu BUK buatan Russia .
Menurut AFP yang
memetik akhbar berkenaan, peluru berpandu itu dilancar dari kawasan yang
dikuasai pemberontak di timur Ukraine .
No comments:
Post a Comment