NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Monday 22 September 2014

AFGHANISTAN PEMERINTAHAN BERSEKUTU



Afghanistan menamatkan pergelutan merebut kepimpinan jawatan Presiden Afghanistan yang bakal dikosongkan oleh Hamid Karzai, penyandang jawatan sekarang dan sekaligus akan melepaskan jawatan tersebut. Perebutan jawatan tersebut antara Abdullah Abdullah, mantan Menteri Luar dan Ashraf Ghani, mantan ahli ekonomi Bank Dunia. Penamatan krisis perebutan jawatan itu apabila sukar untuk diputuskan pemenang jawatan itu kerana kedua belah pihak masing-masing mempunyai peluang untuk menang. 

Bagi mententeramkan kemelut itu ia mendapat reaksi dan campur tangan Amerika Syarikat bagi menyelesaikannya dengan segera.

Banyak sebab untuk Amerika Syarikat campur tangan dalam urusan-urusan dalaman Afghanistan kerana ia melibatkan isu-isu keselamatan tentera Amerika Syarikat dan sekutu-sekutu lainnya di samping perbelanjaan pengurusan Afghanistan itu sendiri dibiayai melalui kantong Amerika Syarikat. Jika perebutan jawatan tersebut berterusan dan sukar dileraikan ia akan membahayakan Amerika Syarikat dan sekutunya di sana.

Dalam keadaan Amerika Syarikat berhadapan secara terbuka dengan pejuang-pejuang Khilafah Islamiyah di wilayah Daulah Islamiyah dan beraksi di belakang tabir di Ukraine, ia boleh memberi kesan yang buruk untuk masa hadapan dan pandangan masyarakat antarabangsa terhadapnya, dalam suasana Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya senentiasa dalam pemerhatian pejuang-pejuang Taliban. 

Maka, wajar bagi Amerika Syarikat berusaha menangani masalah itu supaya imejnya dan pergolakan yang berlaku akan melonjakkan namanya dipersada antarabangsa sebagai pengadil yang tidak memihak. Akhirnya pengganas-pengganas di sana tiada ruang memporak-perandakan struktur pentadbiran yang diasaskan dan menjadi barisan hadapan kepada tentera Amerika Syarikat di Asia Tengah.


Bersambung ...



























































































No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”