NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Sunday 21 September 2014

BUKIT GOLAN LAMBANG PEMBEBASAN PALESTIN



Bukit Golan telah ditawan oleh pejuang-pejuang Khilafah Islamiyah. Mereka bukan sahaja menawan Bukit Golan, tetapi menawan bersama-samannya tentera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seramai 43 orang yang diarah berkawal di sana. Manakala tentera PBB dari Filipina sempat berundur dan melarikan diri dari pos-pos mereka. Kejadian berlaku pada 29 Ogos 2014.

Dalam satu sidang akhbar pemerintah tentera Filipina di Manila menyatakan bahawa tentera mereka telah bertempur dengan gagahnya menghadapi pejuang-pejuang Khilafah Islamiyah selama 4 jam sebelum melarikan diri untuk mencari perlindungan.

Kini Bukit Golan yang bersempadan dengan Israel sebahagiannya ditawan oleh pejuang-pejuang, sebahagiannya di kawal oleh tentera Bashar Assad, sebahagian lagi di kawal oleh tentera Israel dan sebahagian lagi dikawal oleh tentera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Bersambung …
















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”