NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Wednesday 17 September 2014

RUSIA DISEKAT LAGI




Rusia disekat lagi. Amerika Syarikat bermain tabir. Amerika Syarikat berada di belakang EU-NATO. Tidak seperti isu penembakan MH17, terang-terangan Amerika Syarikat menuduh Rusia terlibat menembak MH17 kerana membekalkan pemisah Donetsk peluru berpandu anti pesawat atau peluru berpandu darat ke udara. Rusia menafikannya dengan menyatakan bahawa sebelum MH17 ditembak terdapat pesawat pejuang terbang berhampiran.
Pada 26 Ogos 2014 Rusia mengeluarkan kenyataan melalui Menteri Luarnya, Sergei Lovrov, meluahkan rasa dukacitanya  kerana penyiasat antarabangsa yang menyiasat kota hitam MH17 tidak telus kerana melengah-lengahkan hasil siasatan.

Kesan daripada luahan itu, pada 9 September 2014, laporan awal nahas MH17 setabal 34 muka surat yang dikeluarkan oleh Lembaga Keselamatan Belanda, dibentangkan menunjukkan bahawa pesawat itu berkecai di udara akibat kerosakan struktur selepas terkena sebilangan besar objek berkuasa tinggi yang menembusi pesawat daripada luar.
Pada 10 September, 2014, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata, penemuan daripada siasatan yang dibuat oleh Lembaga Keselamatan Belanda bersama pakar dari United Kingdom, Australia, Malaysia dan Amerika Syarikat, Ukraine dan Rusia.

Jika diimbau kembali peristiwa penembakan pesawat MH17 yang ditunjukkan videonya semasa awal kejadian dipaparkan, kemudian kini telah ditarik balik tayangannya (disekat). Pesawat MH17 yang ditembak itu terbakar di udara menjunam pada kedudukan antara 60 darjah dan sampai di bumi (tanah) meletup. Serpihan dan cebisan-cebisan bangkai MH17 berkedudukan dalam lingkungan yang boleh dikenal pasti tidak melebihi pada radius 10 kilometer dari pusat letupan.
Beberapa senario boleh dilihat untuk mendapatkan gambaran secara kasar tentang punca-punca dari arah mana penembakan dilakukan, senjata yang digunakan untuk menembak, kaedah yang terjadi kepada pesawat apabila ditemabak, keadaan pesawat apabila terkena tembakan, dan banyak lagi.

Senario Pertama:

Apabila pesawat MH17 ditembak dengan peluru berpandu berkembar 4, ia akan meletup di udara dan boleh berkecai, serpihan-sepihan, cebisan-cebisan dan bangkainya akan bertaburan di sana sini disebabkan oleh peluru berpandu automatik. Biasanya peluru berpandu milik Rusia berkembar empat. Apabila ia terhidu objek terbang maka ia akan meluncur keempat-empatnya. Memusnahkan sasarannya.


Senario Kedua:

Apabila pesawat MH17 ditembak dengan peluru berpandu automatik atau dikendalikan oleh manusia secara manual, maka pesawat itu akan berkecai di udara kemudian berpusing-pusing sebelum mendarat di bumi. Serpihan-serpihan, cebisan-cebisan dan bangkainya akan bertaburan, sukar dilihat bangkai-bangkai yang besar di daratan.


Senario Tiga:

Apabila pesawat MH17 ditembak dengan senjata anti pesawat, dari bumi ke udara, boleh dilihat pada mayat-mayat itu kesan tembakan kerana senjata anti pesawat apabila dilepaskan nescaya bertaburan peluru memenuhi bangkai pesawat MH17 dan akan terdapat kesan-kesan tembakan pada mayat-mayat itu kerana peluru-peluru itu menembusi pesawat.


Senario Keempat.

Apabila pesawat MH17 ditembak oleh pesawat pejuang dengan menggunakan peluru berpandu nescaya pesawat MH17 akan meletup di udara berkecai dan pesawat akan berpusing-pusing sebelum terjunam ke bumi. Serpih-serpihan, cebisan-cebisan dan bangkai MH17 akan bertaburan di merata tempat.


Senario Kelima:

Apabila pesawat MH17 ditembak oleh pesawat pejuang dengan menggunakan mesingan di bahagian belakang pesawat MH17 maka ekornya akan terbakar dan pemanduan masih boleh di kawal dengan keadaan tidak seimbang. Ia akan menjunam dan sampai di bumi meletup.


Antara kelima-lima  senario itu sukar untuk kenal pasti kecuali jika terlibat melihat secara dekat persekitaran tragedi pesawat itu tertanggal ditembak, berdasarkan sebab-sebab berikut:-

1. Pesawat terbakar di udara dan meletup apabila sampai di bumi.

2. Pesawat  semasa  menjunam  dalam  keadaan  terbakar  tetapi  meletup apabila tersentuh daratan.

3. Semasa  pesawat menjunam pada kedudukan antara 60 darjah, terbakar dan pesawat seperti menjunam dengan keadaan boleh diimbangi.

4. Keadaan serpihan-serpihan, cebisan-cebisan, bangkai, mayat-mayat  dan barang-barang kargo kelihatan elok semasa penayangan beberapa jam selepas kejadian. 

5. Sebahagian bangkai  pesawat dapat dilihat akibat terpelanting daripada induknya dan meletup mengakibatkan serpihan-serpihan, cebisan-cebisan dan muatan-muatan termasuk mayat-mayat dan barangan kargo apabila terlerai dari induknya menyebabkan ia tidak terbakar. Ada di kalangan mayat-mayat itu kelihatan elok termasuk beg-beg mangsa masih kelihatan elok, tetapi diselongkar kemudiannya.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”